Program UiTM – Aljazeera Week menjalinkan usahasama di peringkat antarabangsa

UiTM – Aljazeera Week (Digital Media: Crossing to the future) merupakan sebuah program yang telah di rangka hasil usaha sama di antara Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Aljazeera. Program yang bertajuk UiTM – Aljazeera Week (Digital Media: Crossing to the Future) telah diadakan pada 8 hingga 11 Oktober 2019 bertempat di CMTHub, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Malaysia.

Pengisian program ini adalah pengendalian bengkel selama 4 hari di Smart Classroom, Aras 4, Menara SAAS. Ia melibatkan seramai 100 orang terdiri daripada kalangan pelajar dan pensyarah dari Fakulti Komunikasi Pengajian Media (FKPM).

Terdapat lima bengkel yang berbentuk latihan intensif disediakan kepada para pelajar iaitu Bengkel Data Journalism, Bengkel TV Reporting, Bengkel Mobile Journalism, Bengkel Documentary Film Making dan Bengkel Investigate Journalism.

Tujuan bengkel-bengkel ini diadakan bagi memberi ilmu serta maklumat berkaitan media digital terutamanya kepada pelajar bidang kewartawanan dan penyiaran. Kesemua bengkel yang dijalankan ini adalah bersesuaian dengan skop pembelajaran pelajar FKPM. Penghujung program ini semua pelajar  menyediakan kandungan bahan berkaitan kewartawanan dan penyiaran seperti yang dipelajari.

Bengkel-bengkel tersebut telah dikendalikan oleh fasilitator-fasilitator yang dijemput khas dari kalangan pengamal media Aljazeera iaitu Mohammed Haddad (Data Journalism), Osama Javaid (TV Repoting), Glen Mulcahy (Mobile Journalism), Emile Guertin (Documentary Filmmaking) dan Drew Ambrose Alexander (Investigative Journalism).

Pada 7 Oktober 2019 yang lalu juga, majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) bersama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Al Jazeera dan UiTM telah dilangsungkan dengan jayanya di Dewan Berlian, UiTM Cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam.  MOU ini bertujuan bagi merangka program-program bersama UiTM yang khususnya kepada Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (FKPM)

Rentetan dari MOU ini juga, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (FKPM) akan menghantar seramai 5 orang pelajar daripada 8 buah program di FKPM  untuk ditemuduga oleh pihak Aljazeera. Sesi temuduga ini akan memilih pelajar-pelajar yang berkelayakan untuk menjalankan program Latihan Industri bersama Aljazeera di Doha, Qatar. Peluang ini merupakan permulaan kepada UiTM khususnya Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (FKPM) dalam menjalin hubungan antarabangsa.

Oleh : Fizi dan Huda, Okt 2019

0
0