UCS Anjur Rewang Ibadah Korban 2024

Puncak Alam, 20 Jun 2024 – Unit Hal Ehwal Islam dengan kerjasama Pejabat Pengurusan Fasiliti berjaya menganjurkan Program Ibadah Korban UCS 2024. Sebanyak 4 ekor lembu ditumbangkan dalam ibadah korban pada tahun ini, dan diagihkan kepada asnaf serta warga Kampus Puncak Alam.

Program lebih meriah dengan aktiviti rewang memasak daging korban. Penglibatan bersama staf dan pelajar Kampus Puncak Alam yang dianggar seramai 300 orang dalam menjayakan program ini dilihat memberi impak dalam peningkatan tahap kegembiraan warga kampus.

Dan buat julung kalinya, kaedah potongan gaji staf diperkenalkan bagi membantu staf di UCS untuk sama-sama meraih pahala melaksanakan ibadah korban. Dengan kaedah ini staf diberi pilihan untuk melaksanakan potongan gaji dengan serendah RM100.00 sebulan sehingga RM450.00 sebulan.

Semoga Allah menerima ibadah korban warga UCS semua pada tahun ini dan semoga kebersamaan dalam menjayakan program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang.

#UCSCemerlang

Galeri Gambar: