Satu program Road to Trash to treasure (3T) anjuran pelajar-pelajar persatuan mahasiswa kejuruteraan kimia (CheSS) UiTM Cawangan Pulau Pinang bersama pelajar-pelajar Tingkatan 1 dan 2 SMA Ibrah telah diadakan pada pada 27 Jun 2022, jam 9.00 pagi hingga 1.00 petang bertempat di Sekolah Menengah Agama Ibrah (SMA Ibrah), Seberang Perai Tengah (SPT), Pulau Pinang. Program ini merupakan salah satu keperluan silibus dalam subjek CEV631 (Leadership and Professional Ethics for Engineers).
Program ini bertemakan konsep SULAM (Service Learning Malaysia), Keluarga Malaysia dan turut menyokong agenda UN 2030 Sustainable Development goals (SDG2020) khususnya SDG#3 (quality education). Program ini dikendalikan oleh pelajar-pelajar tahun 2 Ijazah sarjana muda kejuruteraan kimia (persekitaran) UiTM Cawangan Pulau Pinang yang diketuai saudari Nadia Natasha manakala penasihat program ialah Ts Mohamed Syazwan Bin Osman.
Program ini telah disertai oleh oleh 5 orang pelajar UiTM Cawangan Pulau Pinang dan 30 orang pelajar Tingkatan 1 dan 2 SMA Ibrah. Program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dengan kebenaran dan kelulusan daripada pihak pengurusan tertinggi UiTM Cawangan Pulau Pinang melalui Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) yang telah memberi kelulusan program. Program ini telah dirasmi oleh Timbalan Rektor (Hal Ehwal Pelajar), Prof Madya Ts Dr Basharudin Abdul Hadi.
Antara objektif program ini diadakan ialah untuk pelajar didedahkan dengan teknik inovatif pembuatan bahan kraf dari surat khabar terbuang dari bahan-bahan terbuang di sekitar kawasan rumah/sekolah. Kelainan kraf ini ini adalah struktur nya yang kukuh dan boleh dibentuk mengikut design yang diperlukan.
Peserta program dapat mempelajari kaedah dan tips terbaik dalam penghasilan serta penggunaan produk kraf dari surat khabar terbuang. Adalah diharapkan melalui program ini dapat dapat memperkasa jaringan UiTM Cawangan Pulau Pinang dengan masyarakat melalui aktiviti pemindahan ilmu (Knowledge transfer Program).