Tabung Pendidikan 1 Bilion (TP1B), sebuah yayasan yang digerakkan oleh alumni Universiti Teknologi Mara (UiTM) mengadakan kunjungan hormat ke atas Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Mohd Rustam di pejabat beliau di Ayer Keroh di sini baru-baru ini. Kunjungan yang disertai seramai 12 alumni ITM(UiTM) itu bertujuan menjalin hubungan mesra kerana Mohd Ali merupakan antara pengasas Persatuan Alumni UiTM Malaysia (PAUiTM) pada tahun 2008.
Yang di-Pertua Negeri Melaka itu juga adalah bekas pelajar UiTM dalam jurusan Kejuruteraan Elektronik pada tahun 1976. Hadir sama pada pertemuan itu ialah Pengerusi TP1B, Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin; Presiden PAUiTM, Datuk Zaini Hassan; bekas Presiden PAUiTM, Datuk Seri Ir Mohd Zin Mohamed; ahli Lembaga Pemegang Amanah TP1B, Tan Sri Zainul Azman dan Datuk Poziah Abdul Rahman.