Townhall Madani@UiTM Cawangan Kelantan

MACHANG, 17 April 2023 – Persatuan Pembangunan Jati Minda denga Kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Cawangan Kelantan dan Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) Jabatan Perdana Menteri telah mengadakan Townhall Madani@UiTM Cawangan Kelantan bertempat di Dewan Profesional UiTM Cawangan Kelantan, Kampus Machang pada 11 April dan bermula pada jam 8:00 pagi sehingga jam 5:00 petang.

Penganjuran Townhall Madani@UiTM Cawangan Kelantan adalah bertujuan untuk Pemimpin Mahasiswa di semua Institut Pengajian Tinggi (IPT) dalam memberi idea secara intelektual kepada kepada pihak kerajaan sekaligus melahirkan minda kelas pertama selaras dengan hasrat kerajaan menuju ke arah Malaysia Madani. Seterusnya, menerapkan pemimpin mahasiswa mengenai dasar-dasar sesebuah negara sebagai persiapan generasi pelapis pucuk kepimpinan negara.

Majlis dimulakan dengan sesi taklimat Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang disampaikan oleh YBrs Puan Nurhilalliah Taharudin, Penolong Pengarah Pilihan Raya Kelantan. Majlis diserikan lagi dengan acara penanaman pokok bagi Program Penghijauan Malaysia: Kempen Penanaman Pokok 100 Juta Pokok.

Majlis diteruskan dengan ucapan aluan oleh YBhg Dato’ Dr Mohammad Agus Yusoff Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Jabatan Perdana Menteri. Majlis diteruskan lagi dengan sesi Townhall Madani@UiTM Cawangan Kelantan, yang disampaikan oleh Yang Berhormat Nik Nazmi Nik Ahmad, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim bersama moderator YBrs. Encik Muhammad Hishamudin Ghazali Penasihat Strategik Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Jabatan Perdana Menteri.

Kehadiran Influencer Encik Muhammad Iddin Ramli bagi slot Motivasi Santai bersama Influencer telah melengkapkan acara pada sesi Townhall tersebut, sebanyak 3 tablet, 5 mesin cetak dan 15 hamper diberikan kepada mahasiswa yang aktif dan berjaya menjawab soalan.

Universiti Teknologi MARA Cawangan Kelantan mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak penganjur yang telah bertungkus lumus menjayakan majlis secara langsung mahupun tidak langsung.