Together With You, Syria!

Sesi fotografi pihak syria care bersama pelajar dan staf UITM Puncak Alam

Pada 17 Oktober 2019, Persatuan Pelajar Teknologi Makmal Perubatan (MELTECH), Fakulti Sains Kesihatan UiTM Selangor Kampus Puncak Alam telah menganjurkan program Together With You, Syria!. Program berbentuk ceramah ini telah diadakan di Surau Ibnu Sina dan dianggarkan seramai 400 orang warga kampus telah menghadirkan diri ke program ini.

Objektif utama program ini adalah untuk meningkatkan kesedaran pelajar dan staf tentang konflik dan keadaan komuniti di Syria. Sesi Syria Travelog dan tayangan video telah dilaksanakan oleh selebriti dakwah, Pencetus Ummah (PU) Azhar Hilmi yang juga merupakan salah seorang ikon Syria Care Malaysia. Perkongsian pengalaman dari pihak Syria Care dan cara-cara untuk membantu meringankan beban masyarakat di sana juga menjadi intipati ceramah tersebut.

Sesi penyerahan sumbangan kepada pihak syria care untuk disalurkan kepada masyarakat di syria.

Melalui program ini juga, kutipan derma dari warga kampus UiTM Selangor telah dijalankan dan diserahkan kepada wakil Syria Care Malaysia bagi membantu meringankan penderitaan mangsa konflik di Syria.

Ucapan dari pengarah, Nurul I’zzah Binti Mohammad Nazlyn ‘together with you, syria!

Pengarah program, Nurul I’zzah binti Mohammad Nazlyn dalam ucapan alu-aluannya berkata, “Program ini mencapai objektifnya untuk memberi kesedaran kepada warga UiTM mengenai keadaan masyarakat di Syria serta menyampaikan sumbangan bagi meringankan beban mereka.”

Juga turut mengucapkan terima kasih kepada ahli jawatankuasa Together With You, Syria! dan semua peserta yang bersama-sama menjayakan program .Selain itu, ucapan penghargaan ditujukan kepada pihak Syria Care dengan harapan program ini dapat memupuk erti kerjasama, prihatin dan cinta akan kebaikan dalam diri para pelajar dan staf UiTM.

Foto berkaitan:

Sesi tayangan video daripada pihak syria care
Sesi syria travelog bersama PU Azhar tentang kehidupan masyarakat di syria
0
0