Tighten the Gap, Ethnic Relationship 2018 (CTU553) oleh Persatuan Kejuruteraan Awam (PERKA)

Program: Tighten The Gap, Ethnic Relationship 2018 (CTU553) anjuran Persatuan Kejuruteraan Awam (PERKA) dan UBestari

Nama Program: Tighten The Gap, Ethnic Relationship 2018 (CTU553)
Penganjur: Persatuan Kejuruteraan Awam (PERKA) dengan Kerjasama UBestari
Tarikh: 21 April 2018 (Sabtu)
Lokasi: Dewan Dato’ Ahmad Razali, Ampang
Jumlah Pelajar: 25

Program ini telah memberi impak positif kepada sukarelawan mahasiswa UiTM Shah Alam dan mendapat perhatian masyarakat setempat. Seiring dengan matlamat program untuk memberi pendedahan kepada mahasiswa, program ini juga telah memberi pengalaman kepada mahasiswa agar prihatin dan cakna dengan isu semasa yang berlaku dalam masyarakat setempat. Program ini juga telah meletakkan mahasiswa UiTM pada tahap berbeza kerana mempunyai nilai tambahan berbanding graduan lain yang hanya fokus pada akademik semata mata

Semua sukarelawan pelajar UiTM yang terlibat di dalam program ini dapat memanfaatkan peluang keemasan untuk berinteraksi dan bekerjasama dengan pelbagai lapisan masyarakat terutamanya pelajar sekolah UBestari. Platform ini juga digunakan sebaiknya oleh semua sukarelawan untuk mempromosi dan memperkenalkan UiTM kepada masyarakat. Ibu bapa pelajar Ubestari juga dapat berkongsi maklumat bersama para sukarelawan mengenai aktiviti sukarelawan yang sangat digalakkan oleh pihak institusi.Setiap aktiviti yang dijalankan, sukarelawan dapat mempelajari dan meningkatkan kemahiran diri terutamanya kemahiran berkomunikasi. Kerjasama yang baik di antara sukarelawan dan penganjur program (pengurusan UBestari) dapat membuka lebih banyak peluang kearah program sukarelawan mahasiswa pada masa yang akan datang. Objektif program untuk mempraktikkan ilmu yang dipelajari di dalam kursus Hubungan Etnik  CTU553 telah tercapai dengan jayanya. Semangat sukarelawan telah berjaya diterapkan didalam diri sukarelawan mahaiswa UiTM Shah Alam sekaligus menjadi pemangkin kepada amalan gaya hidup sihat dan lebih produktif di dalam diri mahasiswa.

Program ini telah memberi impak positif kepada sukarelawan mahasiswa UiTM Shah Alam dan mendapat perhatian masyarakat setempat. Seiring dengan matlamat program untuk memberi pendedahan kepada mahasiswa, program ini juga telah memberi pengalaman kepada mahasiswa agar prihatin dan cakna dengan isu semasa yang berlaku dalam masyarakat setempat. Program ini juga telah meletakkan mahasiswa UiTM pada tahap berbeza kerana mempunyai nilai tambahan berbanding graduan lain yang hanya fokus pada akademik semata mata. Akhir kata, diharapkan program seperti ini dan program program berunsur sukarelawan diambil berat oleh mahasiswa dan disokong oleh pihak pengurusan UiTM Shah Alam pada masa akan datang.

Disediakan oleh: Mursheeda binti fadzil

2
0