Tiga Pasukan Pelajar Fakulti Pendidikan Menangi Pertandingan Amazing Reads, Amazing Rewards

Tiga pasukan pelajar dari Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Selangor, telah memenangi Pertandingan Amazing Reads, Amazing Rewards anjuran Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP), Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), dan Hal Ehwal Akademik (HEA) UiTM.

Pasukan pertama yang terdiri daripada Nur’Ainun Sa’adah Mohd Assri (K), Nurul Kaisah Kamarul Bahrin, Norsyahirah Aznor dan Khairunnadia Mohd Rodzi daripada Program Pendidikan Matematik telah memenangi kategori-kategori berikut:

Tempat Ketiga Keseluruhan

Naib Johan Kategori Akademik

Naib Johan Kategori Kreativiti

Naib Johan Kategori Kandungan

Naib Johan Kategori Kemahiran dalam Menggunakan Applikasi Terkini

Pasukan kedua yang terdiri daripada Nuraina Azhar (K), Nurul Nadhirah Hanif, Nurfarahani Arifrizal, dan Nur Fathihah Zulkafle daripada Program Pendidikan Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL) telah memenangi kategori-kategori berikut:

Johan Kategori Akademik

Tempat Ketiga Kategori Penyampaian

Manakala pasukan ketiga daripada program Pendidikan Seni dan Senireka yang terdiri daripada Nurfhashiela Haziqa Izzani Juman (K), Nur Hasfazira Azmi, Muhammad Danial Akmal Rosmizan, dan Haizatil Anis Mohd Zamri telah memenangi kategori-kategori berikut:

Tempat Ketiga Kategori Akademik

Tempat Ketiga Kategori Kemahiran dalam Menggunakan Aplikasi Terkini

Pertandingan Amazing Reads, Amazing Rewards ini terbuka kepada semua pelajar UiTM dan merupakan inisiatif galakan membaca di kalangan warga pelajar. Penyertaan adalah dalam bentuk video berdurasi 3-minit yang dihasilkan berdasarkan ulasan buku yang dipilih.

Tahniah kepada semua pemenang dan semoga budaya membaca secara kritikal diteruskan dan dapat diterapkan sebagai sebahagian daripada nilai dan keperibadian diri.