Tiga Minit Thesis 3MT – FKA 2019

Pertandingan Tiga Minit Thesis Fakulti Kejuruteraan Awam (3MT-FKA) telah diadakan pada 2 April 2019 yang telah melibatkan seramai 12 pelajar PhD yang telah terpilih selepas beberapa saringan dibuat berdasarkan perbentangan terbaik pada Fakulti Seminar Siswazah PG-FKA 2018 pada disember lepas.

Tujuan utama 3MT-FKA 2019 adalah untuk memilih 3 pelajar PhD terbaik untuk mewakili fakulti dalam pertandingan 3MT di peringkat UiTM anjuran Institut Pengajian Siswazah (IPSis) pada 4 April 2019 di Akademik Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), UiTM Shah Alam.

Tiga Minit Tesis (3MT) ini adalah satu pertandingan komunikasi penyelidikan yang dibangunkan oleh University of Queensland di Australia pada tahun 2008 dan kini telah diterima pakai secara meluas di universiti – universiti antarabangsa di seluruh dunia.

“Pertandingan ini amat mencabar keupayaan pelajar PhD untuk membentangkan fakta – fakta penyelidikan yang dapat menarik minat juri profesional mengenai topik tesis pelajar hanya dalam tempoh 3 minit sahaja”, menurut Dr. Norrul Azmi Yahya.

Pertandingan 3MT-FKA 2019 ini dianjurkan oleh Pusat Pengajian Siswazah FKA dengan kerjasama Persatuan Pelajar Siswazah FKA (GRACES), En. Azman Ismail di Bilik Perbincangan Siswazah, Tingkat 20, Menara Kejuruteraan, FKA.

Juri dalaman diketuai oleh Dr. Sheila Belayutham yang merupakan Ketua Pusat Pengajian Siswazah (KPPS) FKA dan dibantu oleh Dr. Norrul Azmi Yahya, Kordinator Penyelidikan Siswazah FKA. Antara pelajar PhD EC950 yang terpilih dalam pertandingan peringkat akhir adalah:

  1. Nurliyana Ismail
  2. Nurul Izzatul Lydia Za’ba
  3. Nurfarhana Diyana Abdul Hadi
  4. Nurul Nadiah Mohd Firdaus Hum
  5. Fariz Aswan Ahmad Zakwan

Dekan FKA, Prof Zakiah Ahmad amat menyokong program akademik seperti 3MT ini yang dapat meningkat “academic research visibility” kajian pelajar ke peringkat yang lebih tinggi selain dari perbentangan di seminar antarabangsa atau penerbitan jurnal yang berimpak tinggi.

Menurut Ketua Program 3MT peringkat UiTM, Prof. Madya Dr. Suhaily Hasnan Ketua Pengajian Siswazah, IPSis (Pembangunan Akademik, Sumber & Pelajar), “Pertandingan 3MT ini merupakan satu bentuk latihan akademik yang baik yang dapat membangunkan kemahiran akademik, kemahiran pembentangan dan komunikasi penyelidikan serta pada masa yang sama, menyokong kepada pembangunan keupayaan pelajar dalam penyelidikan, terutamanya dalam menjelaskan perspektif akademik mereka dengan cara yang lebih santai dengan gaya bahasa yang sesuai kepada bukan penonton yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai penyelidikan itu.

Ianya juga satu usaha mengenalpasti bakat dan kesediaan para pelajar siswazah UiTM untuk bersaing ke peringkat antarabangsa dengan mengetengahkan hasil kajian penyelidikan yang dijalankan mereka demi manfaat semua. Selain itu pertandingan ini merupakan satu strategi penjenamaan universiti ke peringkat antarabangsa secara tidak langsung”.

Foto berkaitan:

1
0