The Official Launching of Kuching Urban Transportation System Project – Phase 1 & The Exchange of Memorandum of Understanding under Sarawak Metro Sdn Bhd’s SEED Programme

16 Disember 2022, KOTA SAMARAHAN (JUMAAT) – Seramai 4 orang pensyarah UiTM Cawangan Sarawak telah menghadiri Majlis Pelancaran Projek ‘Kuching Urban Transportation System’ Fasa 1 yang telah diadakan di tapak depo Sarawak Metro Sdn Bhd, Kota Samarahan. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YAB Premier Sarawak dan juga turut dihadiri tetamu-tetamu kehormat yang lain.

Di dalam majlis yang sama, sesi pertukaran MOU berkaitan Program “Socio-Economic Enhancement Development” (SEED) di antara Sarawak Metro Sdn Bhd dengan beberapa institusi pengajian tinggi turut diadakan. Prof. Madya Dr. Hasmah Mohidin, Penolong Rektor Kampus Samarahan 2 telah mewakili YBhg Rektor UiTM Cawangan Sarawak di dalam sesi pertukaran MOU tersebut.

Majlis pada hari tersebut turut dihadiri oleh Prof. Madya Dr. Clotilda Petrus, Koordinator Unit TVETUiTM Cawangan Sarawak, Puan Nurul Lizzan Kamarudin, Koordinator Jaringan Industri UiTM Cawangan Sarawak dan Encik Joe Davylyn Nyuin, selaku PIC kerjasama di antara UiTM Cawangan Sarawak dengan Sarawak Metro Sdn Bhd.