1 Disember 2023 – The Malaysia Launch of the 2023 Report of Lancet Countdown on Health and Climate Change telah dianjurkan dengan jayanya hasil kolaborasi dan kerjasama diantara UiTM Cawangan Selangor, Hospital Al-Sultan Abdullah UiTM, Institute of Leadership & Development (ILD) UiTM dan Fakulti Perubatan UiTM dengan Commonwealth Medical Association (CMA) dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Majlis perasmiannya telah disempurnakan oleh Pegawai Khas kepada Timbalan Perdana Menteri, YB Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Encik Arvend Applasamy.
Majlis yang berlangsung penuh meriah dengan sambutan lebih 500 orang peserta ini diserikan dengan kehadiran oleh YBhg. Datuk Prof. Ts. Dr. Shahrin bin Sahib @ Sahibuddin, Naib Canselor UiTM, YBhg. Professor Dato` Dr. Mazlan Abd Ghaffar, Naib Canselor UMT, YBrs. Dr. Muruga Raj Rajathurai, Presiden CMA, YBhg. Profesor Dr Ahmad Taufek Abdul Rahman, Rektor UiTM Cawangan Selangor, Profesor Dr Sazzli Shahlan Kasim, Pengarah Hospital Al-Sultan Abdullah UiTM serta barisan pengurusan UiTM dan UiTM Cawangan Selangor.
Laporan Lancet Countdown 2023 yang dilancarkan telah mendapat perhatian global dimana dalam 12 jam awal selepas penerbitannya, laporan itu telah diliputi lebih 1050 artikel, termasuk dalam saluran terkenal seperti The New York Times, BBC World Service, The Guardian, CNN, Euronews dan Reuters. Saluran-saluran ini telah memainkan peranan penting dalam menguatkan hasil laporan mengenai perubahan iklim dan kesihatan global di seluruh dunia.
Laporan Lancet Countdown berperanan menyerlahkan kepentingan kesihatan alam sekitar termasuk akses tenaga yang lebih baik, udara yang lebih bersih, air minuman yang lebih selamat, diet yang lebih sihat dan bandar yang lebih sesuai untuk didiami. Tahniah dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakan majlis ini.
#UCSCemerlang