The Blue Ribbon Campaign Run (TBRC Run) UiTM Sarawak Kampus Samarahan 2

Universiti Teknologi MARA Cawangan Sarawak Kampus Samarahan 2 akan menganjurkan The Blue Ribbon Campaign Run (TBRC Run) bersempena dengan Kempen Blue Ribbon di Kampus Samarahan 2 pada 27 Julai 2019 (Sabtu). Larian ini adalah sejauh 3 Km dan bertujuan untuk mempromosi kehidupan sihat bebas asap rokok di kalangan wargakerja dan pelajar UiTM Sarawak khususnya di Kampus Samarahan 2 serta orang awam.

Antara lain objektif¬† utama program ini adalah untuk mempromosikan ‘The Blue Ribbon Campaign’ di Kampus Samarahan 2 kepada warga sekitar Kota Samarahan. Diharap dengan adanya program seumpama ini mampu mengajak lebih ramai warga sekitar dan warga UiTM Sarawak khususnya untuk mengamalkan gaya hidup sihat dan bebas asap rokok.

Larian ini terbuka kepada semua terutama sekali warga UiTM Cawangan Sarawak.

0
0