Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Fakutli Sains Gunaan UiTM Cawangan Sabah

Sabah, 29 Jun 2024 –  Seramai lebih 90 pelajar Diploma Sains dan pensyarah Fakulti Sains Gunaan telah berjaya mengadakan Tanggungjawab social korporat (CSR) di Kota Kinabalu Wetland Center. Aktiviti CSR bermula jam 9 pagi sehingga jam 1 petang dan disertai juga kakitangan Kota Kinabalu Wetland Center. Tiga aktiviti CSR utama telah dilakukan iaitu memindahkan anak benih daripada kawasan paya bakau ke tapak semaian, memungut sampah yang terdapat di kawasan paya bakau dan membersihkan trek laluan di sepanjang Kawasan paya bakau.

Kota Kinabalu Wetland Center mempunyai keluasan 24 hektar (59 ekar) dan merupakan sisa hutan bakau tunggal yang terdapat dipersisiran Kota Kinabalu Sabah. Kawasan ini merupakan pusat perlindungan penting bagi pelbagai spesis burung disamping melindungi ekosistem hidupan akuatik.

Aktiviti CSR ini sejajar dengan matlamat pembangunan mampan 15 iaitu berkaitan dengan melindungi, memulihkan dan menggalakkan penggunaan mampan ekosistem daratan. Kehidupan di Darat merupakan satu lagi matlamat yang berkait rapat dengan bakau. Ia memerlukan perlindungan, pemulihan dan promosi penggunaan mampan ekosistem daratan. Hutan bakau, dengan kepelbagaian flora dan faunanya, merupakan titik panas biodiversiti daratan.

Pelaksanaan aktiviti ini bukan sahaja dapat menyumbang kepada pemuliharaan paya bakau ia juga dapat memupuk sikap tanggungjawab terhadap alam sekitar terutamanya paya bakau yang sangat penting untuk dipelihara. Disamping itu ia dapat  mengeratkan hubungan korporat antara Fakulti Sains Gunaan khususnya dengan pihak badan bukan kerajaan (NGO) seperti Kota Kinabalu Wetland Center.