Pada 5 Disember 2021 yang lalu, rombongan Pejabat Pengarah Pra Pendidikan Tinggi (PPT) UiTM telah diberikan peluang untuk bersemuka dengan para pelajar Sekolah Henry Gurney, Keningau (SHGK), Sabah. Ketibaan rombongan telah disambut mesra oleh barisan Pimpinan Bahagian Pengurusan SHGK.
Kira-kira 20 lelaki dan 10 perempuan pelajar tingkatan empat dan lima telah terpilih untuk mengikuti sesi ceramah motivasi dan penerangan peluang melanjutkan pengajian ke universiti khususnya melalui program Pra Diploma UiTM yang disampaikan oleh Prof. Madya Ts. Dr. Aini Jaapar, Pengarah PPT UiTM. Program ini telah berlangsung selama 3 jam dengan mematuhi prosedur SOP yang ditetapkan oleh pihak SHGK.
Berdasarkan rekod, sejak tahun 2016 terdapat dua bekas pelajar SHGK yang telah lulus naik taraf di peringkat Pra Diploma di UiTM Cawangan Sabah Kampus Tawau dan seterusnya berjaya menamatkan pengajian di peringkat Diploma di UiTM Cawangan Sabah Kampus Kota Kinabalu.