Taklimat Keselamatan dan Kesihatan: Cara Pelajar Mencegah Semasa Covid-19 di Kampus UiTM Puncak Perdana

Pada 12 Disember 2021, “Taklimat Keselamatan dan Kesihatan Cara Pelajar Mencegah Semasa Covid-19 di Kampus UiTM Puncak Perdana” telah diadakan bermula pada jam 9:50 pagi sehingga 12:10 tengah hari melalui platform Google Meet dan Facebook Live Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) Jasmine. Taklimat ini telah disampaikan oleh ASP/PB Mohd Tarmizi Abdul Rahman, Ketua Unit Polis Bantuan dan Dr. Ernie Rozaini Binti Sulaiman, Ketua Unit Kesihatan.

Tujuan program ini dilaksanakan adalah bagi memenuhi keperluan kolej dalam melaksanakan aktiviti yang memberi manfaat kepada para pelajar yang menetap di Kolej Jasmine. Pelaksanaan program ini bertujuan untuk menambah pengetahuan kepada para pelajar berkaitan keselamatan dan kesihatan, serta berusaha memastikan pelajar terhindar daripada segala bahaya dan ancaman yang bersifat fizikal dan mental yang boleh menggugat keselamatan pelajar semasa di kampus.Terdapat kuiz ringkas di penghujung taklimat yang perlu dijawab oleh para peserta melalui aplikasi Kahoot!.

Seramai tiga orang pemenang kuiz yang menduduki kedudukan 3 teratas telah memenangi hadiah. Menurut ketua program, Nursyaza Nazurah Binti Ahmad Sofian Gan bersama penasihat program iaitu Encik Izwan Daini Bin Mohd Sani dan Puan Fazira Binti Abdul Razak, para pelajar telah mendapat pendedahan awal dalam cara mencegah Covid-19 serta dapat pengisian yang sempurna tentang aspek keselamatan dan kesihatan pelajar semasa di Kolej Jasmine. Akhir kata, program ini telah mengukuhkan hubungan silaturrahim antara ahli JPK Jasmine, Staf Residen Kolej (SRK), Staf Unit Kesihatan dan Polis Bantuan serta memberi pendekatan yang kuat dalam pelbagai aspek untuk menjadikan pengurusan di kolej Jasmine berjalan dengan lancar.