Taklimat E -Filling LHDN Bersama Staf UiTM Cawangan Sabah

Kota Kinabalu – Bahagian Pentadbiran, UiTM Cawangan Sabah telah mengadakan Taklimat E-Filling LHDN bagi Staf UiTM Cawangan Sabah pada 31 Mac 2022 bertempat di Dewan Tun Mustapha, Ujana Sarjana UiTM Cawangan Sabah. Taklimat e-Filling LHDN ini disampaikan oleh Puan Munirah binti Ahmad, Pegawai LHDN Negeri Sabah.

Selaras dengan perancangan strategik universiti dan kelestarian organisasi dalam mencapai Sustainable Development Goals (SDG) dan memperkasa kompentensi staf, taklimat ini diadakan bagi memberi pengetahuan dan memberi penerangan mengenai tanggungjawab individu sebagai pembayar cukai serta memberi pendedahan tentang perancangan cukai bagi mengurangkan jumlah cukai yang perlu dibayar.

Selain itu, melalui taklimat ini, staf berpeluang menyertai sesi soal jawab berkenaan percukaian individu serta sistem e-filing terutamanya berkenaan dengan pelepasan yang layak dimohon oleh pembayar cukai. Staf juga berpeluang mendaftar pin dan kata laluan bagi yang belum membuka akaun serta mengetahui cara mengisi e-filling secara terperinci mengikut tatacara yang tepat. Menepati perancangan strategik universiti, penganjuran taklimat e-filling ini merupakah salah satu initiatif keelestarian, jaringan industri, komuniti dan masyarakat yang mampu meningkatkan mutu kehidupan melalui institusi pengajian tinggi.