Tahniah kepada Mohamad Khairul Hafizi bin Rahimi

Tahniah diucapkan kepada Mohamad Khairul Hafizi Bin Rahimi pelajar Fakulti Kejuruteraan Elektrik (FKE), UiTM Shah Alam kerana telah dianugerahkan salah satu biasiswa paling berprestij dan yang didambakan di negara ini, Biasiswa Yang di-Pertuan Agong 2020/2021.  Penganugerahan Biasiswa BYDPA telah dikurniakan sendiri oleh Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara.

Terdapat lebih daripada 2000 calon yang telah memohon biasiswa ini dan berharap untuk memperolehinya, seramai 700 orang pula telah disenarai pendek dan diminta untuk menghantar persembahan video penyelidikan mereka. Daripada 700 orang itu, hanya 60 orang sahaja yang dipanggil untuk menjalani sesi temu duga oleh pakar bidang masing-masing. Akhirnya, hanya 12 orang yang paling cerdas di negara ini terpilih untuk menerima biasiswa tersebut.

Melihat pencapaiannya sekarang, adalah sukar untuk membayangkan Mohamad Khairul Hafizi sebagai pelajar yang kurang menyerlah. Namun, kejayaannya saat ini mempunyai permulaan yang sederhana. Hanya setelah mendapat markah yang tidak memberangsangkan dalam SPMnya, dia menjadi lebih bertekad untuk tidak membiarkan masa lalunya menjadi asbab pada masa depannya. Oleh itu, perjalanannya ke arah kecemerlangan bermula ketika dia mengambil diploma di UiTM Dungun dalam bidang Kejuruteraan Elektronik.

Ketika ditanya rahsia kejayaannya, jawapannya amat mudah. “Untuk menjadi sesorang yang hebat dalam bidang akademik dan mampu mengajar orang lain”. Kesungguhannya dalam mengajar rakan-rakannya terbukti bermanfaat baginya apabila dia menjadi lebih baik dalam prestasi akademiknya.

Walaupun Hafizi fokus untuk memperoleh nilai yang baik, dia tidak pernah menjauhkan diri daripada menyertai kelab dan aktiviti. Sebaliknya, dia sangat terlibat dan antara pelajar yang aktif. Dia merupakan presiden kelab FIKIR dan bahkan mengasaskan Kiosk @ FKE, selama dua tahun berkhidmat.

Tahniah sekali lagi Mohamad Khairul Hafizi Bin Rahimi dari kami semua di FKE. Kami mendoakan yang terbaik daripada usaha anda di masa hadapan.

Hasil suntingan : Ts. A’zraa Afhzan Ab Rahim
https://fke.uitm.edu.my/index.php/component/content/article/2-uncategorised/29-congratulations-to-mohamad-khairul-hafizi-bin-rahimi-for-being-awarded-the-yang-di-pertuan-agong-scholarship-2020-2021?Itemid=101 

1
0