Tahniah! Juara MIFFEST 2019

Cik Bebbra Mailin telah memenangi Anugerah di MIFFEST 2019

Pensyarah Kanan dari Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FITA) iaitu Cik Bebbra Mailin telah memenangi Anugerah Best Short Film di 3rd Malaysian International Film Festival (MIFFEST) 2019 menerusi tajuk filem berjudul NINAVAU yang telah dianugerahkan semalam 14 Julai 2019 di Sunway Velocity.

Tiga juri professional iaitu Sharifah Amani, Namron dan Liew Seng Tat telah memilih filem tersebut sebagai Filem Terbaik daripada lebih 40 buah filem yang. dipertandingkan.

Filem pendek Ninavau merupakan sebuah filem berbahasa Kadazan yang membawa isu dan persoalan tentang keragaman dan keterbukaan agama di Malaysia.

Penganjuran festival ini membawa tema ‘The Journey’ dan akan menayangkan filem terbaik dari beberapa negara seperti Taiwan, Indonesia, India, Filipina, Iran, Belgium dan beberapa negara lain sehingga 20 Julai ini.

0
0