Tahniah dan Syabas kepada Team UiTM

Tahniah dan syabas kepada Team UiTM Vendetta atas kejayaan menjadi juara Grand Final Mobile Legend Bang Bang Yodoo KEK Semester 3.

Pada 18 dan 19 Julai 2020 telah berlangsungnya Grand Final Yodoo Kejohanan E-sukan Kampus (KEK) Semester 3. Sebanyak 8 pasukan Institut Pengajian Tinggi (IPT) terbaik seluruh Malaysia telah mengambil bahagian. Team UiTM Vendetta dari UiTM Shah Alam berjaya menewaskan SZA Panthera dari Universiti Sultan Azlan Shah di peringkat akhir. Selaku juara, UiTM Vendetta membawa pulang biasiswa bernilai RM 20,000. Pada masa sama, mereka juga akan mewakili Malaysia di peringkat antarabangsa dalam kejohanan PVP Esports Season 1 Regional Campus Championships yang dijadual akan dilangsungkan pada 5 dan 6 September 2020.

Selamat maju jaya diucapkan kepada Uitm Vendetta yang akan mewakili Malaysia di peringkat antarabangsa. Semoga mereka berjaya mengharumkan nama UiTM dan Malaysia di peringkat antarabangsa.

1
0