Academy of Fine Art, Shanxi University, 26 September 2024: Program syarahan yang bertajuk “Printmaking & Lost Wax Casting: Materials and Processes” ini adalah atas jemputan dari Shanxi University yang diketuai oleh Profesor Wang Zhijun, Academy of Fine Art, The Department of Printmaking. Program ini melibat tiga orang pensyarah dari Program Seni Halus, Kolej Pengajian Seni Kreatif, Universiti Teknologi MARA, iaitu Profesor Madya Dr. Azian Tahir (bidang kepakaran Seni Cetak), Dr. Syed Alwi Syed Abu Bakar (bidang kepakaran Seni Arca) dan Dr. Mohd Fawazie Arshad (bidang kepakaran Seni Cetak). Sesi syarahan ini telah dijalankan di A104, Lecture Hall, 1st Floor, Academy of Fine Art, Shanxi University ini telah berlangsung dengan kehadiran para pensyarah Professor Wang Zhijun dan En Zhang Tongyuan, selain dari itu hampir 100 orang pelajar dari program seni universiti berkenaan juga turut serta.
Melalui perkongsian ilmu ini di mana para pelajar dari kelas 2024, telah menghadiri sesi syarahan antarabangsa serta bengkel cetakan secara langsung. Program ini telah berlangsung selama dua jam yang merangkumi dua syarahan dan bengkel cetakan. Sesi syarahan yang dijalankan adalah secara bersemuka dimana pelajar yang hadir digalakkan untuk memberi soalan dan berbincang secara terus kepada penal pensyarah yang hadir. Manakala untuk sesi bengkel cetakan pelajar tidak hanya ditunjukan teknik yang digunakan malahan pelajar juga digalakkan untuk mencuba sendiri proses cetakan akhir. Ini adalah kerana bagi memastikan pelajar mempunyai peluang dan kefahaman lebih mendalam terhadap teknik yang telah diajar. Keseluruhan sesi perkongsian ilmu ini bukan sahaja merangkumi maklumat secara teori malahan ia juga melibatkan latihan secara praktikal.
Hasil dari sesi yang dijalankan pelajar telah diberi kesempatan bagi melihat sendiri teknik dan jenis2 cetakan serta penghasilan arca dengan teknik khas. Keistimewaan ini amat di hargai oleh para pelajar. Program seperti ini diharap dapat diteruskan pada masa akan datang dengan penambahan sesi perkongsian ilmu beserta dengan disiplin-disiplin seni rekaan lainnya. Terutama sekali dalam bidang yang masih belum lagi di pembentangan di sana malahan jika boleh satu program balasan dari pihak Shanxi University pula memberi peluang kepada pelajar UiTM untuk perkongsian seterusnya.