SURVEY RESEARCH: METHODS AND ANALYSES

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Y.Bhg Prof / Prof. Madya / Dr / Tuan / Puan / Encik / Cik.

JEMPUTAN MENYERTAI KURSUS “SURVEY RESEARCH: METHODS AND ANALYSES” ANJURAN PUSAT PENGAJIAN STATISTIK DAN SAINS PEMUTUSAN (PPSSP), FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN MATEMATIK (FSKM), UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM) SHAH ALAM

Perkara diatas adalah dirujuk.

Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Pengajian Statistik dan Sains Pemutusan (PPSSP), Fakulti Sains Komputer dan Matematik (FSKM), Universiti Teknologi MARA (UiTM) akan menganjurkan kursus seperti berikut:

Kursus: “Survey Research: Methods and Analyses”

Tarikh: 4 & 5 Mei 2017 (Khamis & Jumaat)

Masa: 8.30 pagi – 5.00 petang

Tempat: Makmal 6, Fakulti Sains Komputer dan Metematik (FSKM), UiTM Shah Alam

Penceramah: Prof. Madya Dr Zamalia Mahmud

Berikut disertakan iklan kursus “Survey Research: Methods and Analyses” dan borang pendaftaran. Untuk pertanyaan lanjut mengenai kursus, boleh hubungi Dr. Adzhar Rambli 03-5543 5368.

Kerjasama, sokongan dan kesudian pihak Y.Bhg Prof / Prof. Madya / Dr / Tuan / Puan / Encik / Cik menghadiri kursus ini kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, untuk makluman.

Dr. Adzhar Bin Rambli

Setiausaha

Perundingan dan Latihan Statistik

Pusat Pengajian Statistik dan Sains Pemutusan

Universiti Teknologi MARA

40450 Shah Alam, Selangor

01-updated_Brochure Survey Research

0
0