MELAKA, 13 Jun 2024 – Service Learning Malaysia University For Society (SULAM) ialah satu program khidmat masyarakat yang dianjurkan oleh pelajar yang mengikuti kod kursus AGA402 (Plant Propagation and Nursery Management) dan AGR 696 (Post Harvest Handling Technology) dari program Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Agronomi AT222, Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Teknologi Pengeluaran Tanaman Pintar AT228 dan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Sains Perniagaantani AT243. Program ini adalah satu platform tanggungjawab Sosial Masyarakat serta kepimpinan melalui pemindahan ilmu pengetahuan.
Pada 13 Jun 2024, satu program SULAM telah dianjurkan dengan kolaborasi daripada pihak Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan SMK Seri Mahkota Umbai. Matlamat utama dalam perlaksanaan program ini adalah untuk memberi pendedahan dan pemindahan ilmu kepada pelajar Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) di SMK Seri Mahkota, Umbai, Melaka. Di samping itu, melalui program ini, tahap kepimpinan dan keyakinan pelajar dapat ditingkatkan. Selain itu, dapat juga menggalakkan penglibatan pelajar di dalam aktiviti tanggungjawab sosial universiti.
Melalui program ini, para pelajar mendapat pendedahan tentang sektor pertanian. Di dalam program ini juga, para pelajar telah didedahkan dengan cara penyediaan media tanaman, cara pembiakan tumbuhan dan pelbagai teknik penyediaan baja organik, bukan itu sahaja para pelajar juga berpeluang melakukan hands- on dalam aktiviti pembuatan lilin dan sabun aromaterapi.