Sukarelawan Mahasiswa JPNR dan Unit Pengurusan Non Residen UiTM Pulau Pinang sertai Kempen Cegah Dadah Malam Ambang Tahun Baru 2020

Sukarelawan Mahasiswa JPNR dan Unit Pengurusan Non Residen UiTM Pulau Pinang sertai Kempen Cegah Dadah Malam Ambang Tahun Baru 2020

Permatang Pauh, 31 Disember 2019 – Penyertaan Sukarelawan Mahasiswa Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Non Residen (JPNR) dan Unit Pengurusan Non Residen Bahagian Hal Ehwal Pelajar UiTM Cawangan Pulau Pinang dalam Kempen Cegah Dadah pada Malam Ambang Tahun Baru 2020 anjuran Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) telah berjaya disertai pada 31 Disember 2019 bermula daripada jam 9.30 hingga 12.30 malam.

Program Kempen Cegah Dadah ini telah dianjurkan oleh MPKK Simpang Empat Bukit Mertajam dengan kerjasama MPKK Tok Kandu, MPKK Kampung Pertama, Staf dan Pelatih Agensi Anti Dadah Kebangsaan Pulau Pinang dan turut disertai oleh Setiausaha Kehormat PEMADAM Pulau Pinang Encik Amir Bin Haji Ghazali, Ahli Majlis Bandaraya Seberang Perai Puan Shuhada Binti Abdul Rahim serta kakitangan Pusat Khidmat ADUN Seberang Jaya.

Sukarelawan Mahasiswa JPNR dan Unit Pengurusan Non Residen UiTM Pulau Pinang sertai Kempen Cegah Dadah Malam Ambang Tahun Baru 2020

Edaran risalah telah diberikan kepada pengunjung dan peniaga di Pusat Perniagaan Uptown Bandar Perda Pulau Pinang yang menjadi tumpuan umum dan mendapat kehadiran pengunjung yang ramai daripada pelbagai lapisan masyarakat. Objektif pelaksanaan program ini adalah bertujuan untuk mewujudkan kesedaran di kalangan masyarakat dan komuniti tentang kepentingan pencegahan dadah dalam institusi masyarakat dan keluarga.

Penglibatan sukarelawan mahasiswa JPNR dalam program ini telah berjaya mewujudkan kesedaran tentang bahaya penyalahgunaan dadah dan kepentingan pencegahan awal dalam institusi masyarakat.  Selain daripada itu, interaksi secara langsung dikalangan pengunjung yang didekati telah berjaya memberi keyakinan dan pengalaman kepada mahasiswa yang terlibat dalam memberi info dan maklumat penting tentang program ini.

Berikut adalah agensi dan individu yang terlibat dalam program ini:

  • Ahli Majlis Bandaraya Seberang Perai – Puan Shuhada Binti Abdul Rahim
  • Setiausaha Kehormat PEMADAM – Encik Amir Bin Haji Ghazali
  • Pengerusi MPKK Simpang Empat Bukit Mertajam – Encik Azhar Bin Mat
  • Pengerusi MPKK Tok Kandu – Encik Abdul Rahim Bin Abdul Karim
  • Setiausaha MPKK Tok Kandu – Encik Mohammad Hafiz Bin Mohd Yusof
  • Penolong Pegawai Antidadah – Encik Mohammad Hafiz Bin Mohd Yusof
  • 14 Pelatih Agensi Antidadah Kebangsaan Pulau Pinang
  • Pengurus Asrama – Encik Mohd Munir Bin Ahmad
  • Sukarelawan Jawatankuasa Perwakilan Non Residen (JPNR) UiTM Cawangan Pulau Pinang
  • Kakitangan Pusat Khidmat ADUN Seberang Jaya dan Parlimen Permatang Pauh
  • Ahli Jawatankuasa: MPKK Simpang Empat Bukit Mertajam, MPKK Tok Kandu & MPKK Kampung Pertama

Foto berkaitan:

Sukarelawan Mahasiswa JPNR dan Unit Pengurusan Non Residen UiTM Pulau Pinang sertai Kempen Cegah Dadah Malam Ambang Tahun Baru 2020 Sukarelawan Mahasiswa JPNR dan Unit Pengurusan Non Residen UiTM Pulau Pinang sertai Kempen Cegah Dadah Malam Ambang Tahun Baru 2020 Sukarelawan Mahasiswa JPNR dan Unit Pengurusan Non Residen UiTM Pulau Pinang sertai Kempen Cegah Dadah Malam Ambang Tahun Baru 2020