Penglibatan warga UiTM Pulau Pinang untuk Sukan Antara Fakulti 2019

Antara sukan di Sukan Antara Fakulti (SAF) di UiTM Cawangan Pulau Pinang

Sukan Antara Fakulti (SAF) 2019 Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Pulau Pinang ditutup secara pada 19 November 2019. Pengisytiharan Penutupan dilaksanakan oleh Ybrs. Prof. Madya Dr. Nor Aziyah Bakhari, Timbalan Rektor PJIM dan Alumni, yang juga menjalankan tugas-tugas Rektor. Turut hadir Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar, Ts. Dr. Mohd Rozaiman Aziz.

Juara Keseluruhan adalah milik Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (FKM). Lapan  fakulti mengambil bahagian dengan 15 acara sukan dipertandingkan. Tidak ketinggalan untuk turut sama memeriahkan kejohanan adalah penyertaan dari Pra Pendidikan Tinggi (PPT).

Juara Keseluruhan adalah milik Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (FKM)

Secara keseluruhan kejohanan disertai oleh 1,300 orang dikalangan pelajar, sukarelawan, kakitangan pentadbiran dan akademik. Penglibatan Pengurusan Tertinggi Kampus dalam menjayakan Sukan Antara Fakulti adalah yang terbaik.

Unit Sukan, UiTMCPP mengambil pendekatan penganjuran pada kali ini sebagai persediaan sebagai bakal tuan rumah Karnival Sukan Mahasiswa (KARiSMA) 2020. Para sukarelawan juga dilatih dalam melaksanakan tugas bagi menghadapi situasi kejohanan pada tahun hadapan.

Foto berkaitan:

1
0