“Stripe Squad: LE NOSTRE TIGRI”

Program “Stripe Squad: LE NOSTRE TIGRI” anjuran Physio Student Association (PHYTAS) berlangsung pada 23 November 2019 di kafetaria Kolej Al-Zahrawi, UiTM Cawangan Pulau Pinang Kampus Bertam. Program ini diadakan bertujuan untuk menimbulkan kesedaran dalam kalangan mahasiswa tentang kepentingan memelihara habitat hidupan liar dan juga untuk mengalakkan lagi penglibatan generasi muda dalam aktiviti konservasi terutamanya melibatkan harimau malaya.

Program bermula pada 8.00 malam dengan ucapan ringkas daripada penolong pengarah program Cik Nur Syakirah Binti Juhari dan dirasmikan oleh tetamu kehormat En. Muhammad Iqbal Bin Shaharudin. Persembahan sketsa pendek mengenai kepentingan menjaga kemandirian harimau oleh mahasiswa program Fisioterapi yang amat mencuit hati para peserta program.

Program diteruskan dengan ceramah bertajuk “Malayan Tiger Surviving on Earth” oleh En. Saat bin Yaakob, Pengarah Jabatan PERHILITAN Pulau Pinang. Pelbagai informasi terkini dan pengalaman berkaitan hidupan liar dan habitatnya yang dikongsi oleh penceramah. Terdapat juga pameran taxidermy hidupan liar yang disediakan oleh Jabatan PERHILITAN Pulau Pinang.

Pihak PERHILITAN juga menggalakkan program seperti ini dilaksanakan setiap tahun agar bertambah lagi kesedaran masyarakat mengenai kepentingan konservasi hidup liar dan habitatnya supaya peristiwa kematian Iman, badak sumatera terakhir di Malaysia tidak berulang kembali.

1
0