Staf UiTM Cawangan Sarawak Terima Vaksin Di PPV UNIMAS

17 JUN 2021(KHAMIS),KOTA SAMARAHAN : Hari ini masuk hari kedua pemberian vaksin kepada wargakerja UiTM Cawangan Sarawak di PPV Unimas dengan seramai 132 orang telah hadir. Semalam saja menyaksikan seramai 450 staff (akademik dan bukan akademik) telah hadir ke Pusat Pemberian Vaksin Unimas bagi mendapatkan suntikan Vaksin tersebut. Hampir 70% staf telah divaksin setakat hari ini dan dijangka proses vaksinasi untuk semua warga UiTM Cawangan Sarawak termasuk pelajar akan disempurnakan menjelang awal bulan Julai 2021.

Inisiatif awal ini akan menyaksikan pemberian vaksin kepada semua warga UiTM Cawangan Sarawak melalui beberapa fasa antaranya fasa permulaan ini akan dikhususkan kepada semua staff akademik dan bukan akademik di kampus Samarahan dan Kampus Samarahan 2 termasuk Kampus Mukah. Manakala fasa-fasa seterusnya akan dipanjangkan kepada semua pelajar yang ada di dalam kampus sebelum diteruskan untuk semua hampir 10 ribu pelajar yang berdaftar.

Apabila fasa untuk semua pelajar UiTM Cawangan Sarawak selesai, ia akan dipanjangkan kepada kontraktor-kontraktor di dalam kampus dan akhir sekali kepada semua keluarga terdekat staff UiTM Cawangan Sarawak. Usaha mendapatkan senarai semua staff untuk berdaftar bagi mendapatkan vaksin ini telah digerakkan oleh Jawatankuasa Operasi Bencara Negeri (JOBN) UiTM Sarawak yang diketuai oleh Rektor UiTM Sarawak, YBhg Prof Dato Dr Jamil Haji Hamali.

Warga kerja UiTM Cawangan Sarawak diharap mengambil peluang ini untuk mendaftar diri dan seterusnya mendapatkan vaksin yang disediakan di PPV Unimas.