Srikandi Melati Meriahkan Ramadan Dengan Pesta Ibadah

UiTM SHAH ALAM, APRIL 2022 – Para penghuni Kolej Melati tidak melepaskan peluang memeriahkan Ramadan pada tahun ini dengan menyertai program-program kerohanian yang telah dianjurkan oleh Jawatankuasa Perwakilan Kolej Melati.

Pengetua Kolej Melati, Prof. Madya Dr. Nor Aizam Adnan berkata, program kerohanian secara fizikal ini sangat dinanti-nantikan oleh para pelajar setelah Kerajaan mengumumkan kelonggaran S.O.P penganjuran program berskala besar. Antara program yang telah diadakan ialah Solat Tarawih berjemaah, Ceramah Nuzul Quran, Sirah Ramadan dan Qiamullail.

Rata-rata para penghuni Kolej Melati melahirkan rasa gembira apabila dapat menyambut Ramadan tahun ini di kolej bersama rakan-rakan dan menyertai program-program yang telah dianjurkan.