Sois Le Papillon: Beauty And Health

Program “SOIS LE PAPILLON: BEAUTY AND HEALTH” yang dianjurkan oleh Persatuan Pelajar Fisioterapi Cawangan Pulau Pinang Kampus Bertam dan Bertam Students Council. Program  telah berlangsung pada 15 Mei 2022 di laman “Cisco Webex” dan “Youtube Live Streaming”. Program  ini dihadiri dan dirasmikan oleh penasihat Kelab Bertam Students Council (BSC), Encik Mohamad Hafiz Bin Kamsani; penasihat Persatuan Pelajar Fisioterapi (PHYTAS), En. Muhammad Iqbal Bin Shaharudin dan pensyarah program Fisioterapi Cawangan Pulau Pinang Kampus Bertam.

Program bertemakan wacana intelek ini dianjurkan untuk menarik minat dan menggalakkan mahasiswa untuk mengetahui kelebihan menjaga kebersihan dan penampilan diri. Selain itu, program ini juga boleh menjadi sumber inspirasi kepada mahasiswa untuk mengamalkan gaya hidup yang lebih bersih dan sihat.

Terdapat juga aktiviti-aktivit di luar talian seperti pertandingan pembuatan video dan e-poster bertemakan kecantikan dan kesihatan bermula pada 25 April 2022 hingga ke 8 Mei 2022. Aktiviti atas talian pula  seperti tayangan video, sesi kuiz dan juga  pengumuman pemenang bagi pertandingan mencipta video dan e-poster.

Tahniah diucapakan kepada pengarah program Nur Izzah Binti Zainul Azhari, Ahmad Imran Bin Sulaiman dan ahli-ahli jawatankuasa atas komitmen yang diberikan sepanjang program berlangsung. Diharapkan program bertemakan wacana intelek ini dapat menggalakkan mahasiswa untuk sentiasa mengutamakan kebersihan daan kesihatan dalam kehidupan  seharian sekaligus meningkatkan keterampilan diri.