Smart Circle : Munawwarah 2022

Persatuan Pelajar Pengimejan Perubatan (MISA), Fakulti Sains Kesihatan (FSK), UiTM Kampus Puncak Alam telah menganjurkan satu program iaitu Smart Circle : Munawwarah bagi sesi 2021/2022. Program ini telah diadakan pada 14 April 2022 dan 28 April 2022 bagi pelajar Diploma Pengimejan Perubatan Semester 2 dan pelajar Ijazah Sarjana Muda Pengimejan Perubatan Semester 2 dan Semester 6 dan 21 April 2022 dan 12 Mei 2022 bagi pelajar Diploma Pengimejan Perubatan Semester 4 dan pelajar Ijazah Sarjana Muda Pengimejan Perubatan Semester 4.

Program ini dijalankan bagi memberi kefahaman tentang ayat Al-Quran dan tafsiran sebagai panduan dalam hidup ummah. Program ini dijalankan secara atas talian di platform Google Meet bermula pada pukul 2.50 petang sehingga 3.30 petang dan melibatkan seramai 12 orang ahli jawatankuasa terdiri daripada exco aduan dan keselamatan MISA serta exco kerohanian, kebajikan dan kaunseling MISA. Program ini disertai oleh semua pelajar Pengimejan Perubatan diploma semester 2, diploma semester 4, Ijazah Sarjana Muda semester 2, Ijazah Sarjana Muda semester 4 dan Ijazah Sarjana Muda semester 6. Seramai 5 pengendali majlis dan 20 Munawwer telah dilantik bagi menjayakan program ini. Selain itu, 5 orang pensyarah juga telah dijemput untuk menghadiri program ini.

Pada 14 April 2022, program ini dimulakan dengan bacaan doa oleh pengandali majlis yang telah dilantik. Kemudian, tadarus Surah Al Baqarah (Ayat 183-186) dibacakan oleh Munawwer 1. Seterusnya, Munawwer 1 meneruskan program dengan memberikan tadabbur Surah Al-Baqarah (Ayat 184). Kemudian, Munawwer 2 meneruskan program dengan Tadarus Surah An-Nazi’at (Ayat 37-41) dan seterusnya memberikan tadabbur Surah An-Nazi’at (Ayat 40-41). Permainan Kahoot telah diadakan selepas sesi tadarus dan tadabbur tersebut bagi menguji tahap kefahaman pelajar. Bagi pengakhiran program ini, ucapan ringkas telah disampaikan oleh pensyarah dan bersurai.

Pada 21 April 2022, program ini dimulakan dengan bacaan doa oleh pengandali majlis yang telah dilantik. Kemudian, tadarus Surah Al Baqarah (Ayat 183-186) dibacakan oleh Munawwer 1. Seterusnya, Munawwer 1 meneruskan program dengan memberikan tadabbur Surah Al-Baqarah (Ayat 184). Kemudian, Munawwer 2 meneruskan program dengan Tadarus Surah An-Nazi’at (Ayat 37-41) dan seterusnya memberikan tadabbur Surah An-Nazi’at (Ayat 40-41). Permainan Kahoot telah diadakan selepas sesi tadarus dan tadabbur tersebut bagi menguji tahap kefahaman pelajar. Bagi pengakhiran program ini, ucapan ringkas telah disampaikan oleh pensyarah dan bersurai.

Pada 28 April 2022, program ini dimulakan dengan bacaan doa oleh pengandali majlis yang telah dilantik. Kemudian, tadarus Surah At-Taubah (Ayat 103-106) dibacakan oleh Munawwer 1. Seterusnya, Munawwer 1 meneruskan program dengan memberikan tadabbur Surah At-Taubah (Ayat 103). Kemudian, Munawwer 2 meneruskan program dengan Tadarus Surah Al-Hujurat (Ayat 11-13) dan seterusnya memberikan tadabbur Surah An-Nazi’at (Ayat 13). Permainan Kahoot telah diadakan selepas sesi tadarus dan tadabbur tersebut bagi menguji tahap kefahaman pelajar. Bagi pengakhiran program ini, ucapan ringkas telah disampaikan oleh pensyarah dan bersurai.

Pada 12 Mei 2022, program ini dimulakan dengan bacaan doa oleh pengandali majlis yang telah dilantik. Kemudian, tadarus Surah At-Taubah (Ayat 103-106) dibacakan oleh Munawwer 1. Seterusnya, Munawwer 1 meneruskan program dengan memberikan tadabbur Surah At-Taubah (Ayat 103). Kemudian, Munawwer 2 meneruskan program dengan Tadarus Surah Al-Hujurat (Ayat 11-13) dan seterusnya memberikan tadabbur Surah An-Nazi’at (Ayat 13). Permainan Kahoot telah diadakan selepas sesi tadarus dan tadabbur tersebut bagi menguji tahap kefahaman pelajar. Bagi pengakhiran program ini, ucapan ringkas telah disampaikan oleh pensyarah dan bersurai.

Program ini ditamatkan dengan harapan setiap pelajar yang mengendali serta menghadiri program ini sedikit sebanyak telah menambah ilmu pengetahuan tentang ayat Al-Quran dan tafsiran sebagai panduan hidup serta membentuk pelajar yang sentiasa memperbaiki diri untuk menjadi lebih baik.