Skip-PINK 2021: Hop For Hope telah dianjurkan oleh Persatuan Pelajar Pengimejan Perubatan (MISA) 2021,Fakulti Sains Kesihatan,UiTM Kampus Puncak Alam bersama MAKNA (Majlis Kanser Nasional) dengan matlamat untuk memberi pendedahan dan kesedaran kepada warga UiTM Kampus Puncak Alam dan masyarakat luar mengenai kanser payudara serta menggalakkan amalan gaya hidup yang sihat kepada warga UiTM Kampus Puncak Alam dan masyarakat luar.Program ini juga bertujuan untuk membina hubungan baik dengan masyarakat di luar UiTM Kampus Puncak Alam dan sebagai tanda sokongan moral kepada pesakit kanser payudara.
Program ini telah berlangsung selama 21 hari bermula 30 September 2021 sehingga 20 Oktober 2021.Dijayakan oleh 21 ahli jawatankuasa dan telah disertai oleh 59 orang daripada warga UiTM dan masyarakat luar kampus.Peserta bebas menyiapkan lompatan di kediaman masing masing dan menghantar bukti melalui google form yang telah disediakan.Terdapat juga hadiah bagi peserta yang menghantar bukti lompatan paling kreatif.
Hebahan tentang program ini telah dibuat bermula 30 September melalui instagram rasmi Persatuan Pelajar Pengimejan Perubatan (MISA) iaitu @migeng dan akaun khas bagi program ini iaitu @migeng_pink.Peserta yang mendaftar perlu menjelaskan yuran sebanyak RM10 dimana sebahagian hasil kutipan ini akan didermakan kepada MAKNA (Majlis Kanser Nasional).Daripada 59 peserta yang mendaftar,seramai 33 peserta berjaya menghantar bukti lompatan dalam bentuk video dan screenshot kiraan lompatan daripada aplikasi yang digunakan oleh peserta.
Pemenang tempat pertama adalah Muhammad Ridhwan Bin Md Yusoff,beliau menerima satu tali skip dan juga wang tunai sebanyak RM150.Seterusnya,pemenang tempat kedua adalah Nurul Najwa Binti Ahmad Khod menerima satu tali skip dan wang tunai sebanyak RM 100.Pemenang tempat ketiga,Nurin Athirah Binti Zaidi pula menerima satu tali skip dan juga wang tunai sebanyak RM 80.Manakala 6 pemenang saguhati iaitu Abdul Qayyum Bin Ibrahim,Muhd Badrul Muhaimin B Mahamad Nasir,Nurhanis Binti Sazali,Nurshafiyyah Adni Binti Mohd Adnan,Siti Maisarah Binti Ibrahim dan Siti Nursyazwani Auni Binti Rozlan menerima wang tunai berjumlah RM50.Semua pemenang ini dimaklumkan pada 28 Oktober 2021 di program webinar Pinktober Forum 2021:Slices Of Stories.
Secara keseluruhannya,program ini telah berjalan dengan jayanya dan juga mencapai objektif yang diingini.Program ini telah berjaya menyebarkan kesedaran kepada seluruh warga UiTM Kampus Puncak Alam dan masyarakat tentang kanser payudara dan juga berjaya memupuk gaya hidup yang sihat dengan bersenam.Selain itu,program ini juga berjaya meningkatkan kemahiran mahasiswa dalam menguruskan program secara virtual dan berinteraksi dengan pelbagai pihak.Tidak lupa juga menjalinkan hubungan baik bersama persatuan-persatuan luar UiTM Kampus Puncak Alam.Diharapkan agar program Skip-PINK 2021 : Hop For Hope dapat diteruskan lagi pada setiap tahun bagi mengingati bulan kesedaran kanser payudara.