Siri Kasi Up Bah Skill Mu Anjuran UiTM Cawangan Sabah

Kota Kinabalu, 21 Januari 2022 – Bahagian Pentadbiran, UiTM Cawangan Sabah telah menganjurkan SIRI ‘KASI UP BAH SKILL MU!” – Siri Latihan dan dan Perkongsian Upskilling dan Reskilling bagi Peningkatan Kompentensi Staf UiTM Cawangan Sabah.

Siri latihan dan perkongsian SIRI ‘KASI UP BAH SKILL MU!” menfokuskan kepada kompentensi teras, generik, kepimpinan dan fungsional mengikut keperluan semasa staf UiTM Cawangan Sabah dan peningkatan kompentensi Staf. Siri Latihan ini telah bermula pada tahun 2021 dengan senarai seperti berikut:

1. SIRI KASI UP BAH SKILL MU pada 18 November 2021 – Cara Mudah Mail Merge Bersama Penceramah – Puan Nurul Huda Roslan, Penolong Pendaftar Bahagian Pentadbiran, UiTM Cawangan Sabah yang menfokuskan kepada Kompentensi Fungsional Staf.

2. SIRI KASI UP BAH SKILL MU pada 19 November 2021 – Cara Mudah Mereka Letak Poster Menggunakan Perisian Canva Bersama Penceramah – Puan Noreentan Zainih, Pembantu Tadbir (Pekeranian/Operasi) Bahagian Pentadbiran, UiTM Cawangan Sabah yang menfokuskan kepada Kompentensi Fungsional Staf.

3. SIRI KASI UP BAH SKILL MU pada 23 November 2021 – Cara Mudah Menggunakan Google Form Bersama Penceramah – Encik Zul Karnain Abu Bakar, Pegawai Eksekutif Bahagian Pentadbiran, UiTM Cawangan Sabah yang menfokuskan kepada Kompentensi Fungsional Staf.

4. SIRI KASI UP BAH SKILL MU pada 21 Januari 2022- Asas Rakaman Audio Digital Di Rumah Bersama Penceramah – Encik Mohd Kammal Madisin, Pegawai Khidmat Pelanggan, UiTM Cawangan Sabah yang menfokuskan kepada Kompentensi Fungsional Staf.

Melalui program secara dalam talian ini, ia bukan sahaja menjimatkan kos, malah memberi ruang kepada staf untuk mengembangkan potensi diri, berkongsi kepakaran dan meningkatkan kompentensi serta menambah ilmu dan pengalaman berkaitan proses kerja yang efisen dan penyampaian perkhidmatan yang cemerlang.