‘Sharing Session with Alumni: Roles of Occupational Therapist and Physiotherapist in Rehabilitation (Forum)’

Pada 23 Oktober 2021, Occupational Therapy Students’ Association (OTSA) Sesi 2020/2021 telah menjayakan sebuah program dalam talian iaitu “Sharing Session with Alumni: Roles of Occupational Therapist and Physiotherapist in Rehabilitation (Forum)”. Keistimewaan program ini adalah hasil kerjasama bersama Persatuan Pelajar Fisoterapi (Phytas), program ini adalah dibawah anjuran alumni pemulihan cara kerja dan fisioterapi UiTM. Kehadiran Puan Hanizah binti Mohd Ali Piah (Occupational Therapist) dan Puan Aryanti Bin Shaari (Physiotherapist) sebagai panel untuk sesi forum sharing session, kedua-dua panel merupakan alumni dari UiTM sendiri. Program ini telah disertai oleh 114 pelajar dari kedua bidang iaitu mahasiswa pemulihan cara kerja dan mahasiswa fisioterapi. Program ini dijalankan melalui platform Microsoft Team berikutan dengan keadaan semasa yang tidak mengizinkan untuk menjalankan program secara bersua muka.

Penganjuran program ini adalah berdasarkan keperihatinan mahasiswa pemulihan carakerja dan fisioterapi terhadap beberapa perkara seperti memberi peluang kepada pelajar-pelajar baru terapi carakerja untuk lebih mengenali bidang Pemulihan Carakerja dan Fisioterapi yang diceburi, dan mendedahkan kepada para pelajar perbezaan skop perkerjaan dua bidang ini yang sering disalah ertikan, merapatkan hubungan antara alumni Pemulihan Carakerja dan Fisioterapi dengan para pelajar, dan memberi inspirasi serta membantu pelajar baru dalam menimba ilmu dan informasi tentang pendedahan kursus masing-masing. Di samping itu, program ini juga dapat menarik minat pelajar-pelajar untuk lebih mengenali bidang yang diceburi dan sektor industri alam pekerjaan untuk Pemulihan Carakerja dan Fisioterapi. Penglibatan alumni dalam program ini dapat membantu merealisasikan program ini dan merapatkan lagi hubungan silaturrahim antara pelajar bersama alumni.

Program ini bermula dengan pendaftaran pelajar serta penyertaan VIP ke dalam Google Meet yang telah disediakan oleh ahli jawatankuasa program ini. Majlis diteruskan dengan ucapan perasmian daripada pengarah program dan diikuti dengan ucapan dari Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar Fakulti Sains Kesihatan iaitu Encik Romizan Bin Jathin, yang juga merupakan perasmi bagi program ini. Pengisian program ini diteruskan dengan slot perkongsian bersama para panel, dimana Encik Herwan Bin Saarom menjadi moderator untuk forum ini. Pengalaman dan ilmu yang dikongsikan bersama peserta program adalah sangat bermakna dan menarik.

Seterusnya, sesi soal jawab telah berlangsung dimana pelajar boleh mengajukan soalan kepada panel berkaitan tajuk yang dibincangkan. Setelah selesai sesi soal jawab program ini diakhiri dengan jayanya atas kerjasama semua pihak.