Sesi ‘Sembang Ofis Kita’ Siri 24 (BPPA)

Pada 9 Mac 2022 telah berlangsung Sesi ‘Sembang Ofis Kita’ Siri 24 anjuran Bahagian Pentaksiran dan Penilaian Akademik (BPPA), UiTM Shah Alam. Sembang Ofis Kita kali ini bertajuk Penerimaan Laporan CDL-CQI disampaikan oleh Encik Razin Abdul Raub, Kerani BPPA. Program dimulakan pada jam 10.00 pagi dengan ucapan aluan oleh juruacara untuk sesi ini iaitu Encik Izwan Anuar melalui platform CISCO WEBEX.

Penghantaran laporan CDL-CQI kepada pihak BPPA bertujuan untuk memastikan program akademik UiTM yang ditawarkan, dipantau dan disemak setiap semester kekal relevan, dinamik dan berkualiti. Selain itu, ia juga bagi mengenalpasti ruang penambahbaikan berterusan di peringkat kursus dan program akademik.

Pelaksanaan CDL-CQI ini adalah berdasarkan kepada Prosedur Penerimaan Laporan CDL-CQI dan Penyediaan Analisa Laporan BPPA (AP) Akt. 06-01. Prosedur ini tidak termasuk di dalam senarai prosedur ISO BPPA.

Encik Razin menerangkan tentang prosedur, tanggungjawab dan tindakan yang perlu dibuat iaitu mengeluarkan surat pemakluman penghantaran laporan CDL-CQI kepada fakulti / kampus / pusat akademik dan pihak berkenaan perlu mengemukakan laporan CDL-CQI dalam tempoh 30 hari selepas keputusan peperiksaan diumumkan secara rasmi. Tugas Encik Razin adalah menerima laporan, menyemak dan memastikan laporan yang dihantar lengkap. Seterusnya mengemaskini status penghantaran ke dalam templat dan maklumat laporan CDL-CQI Summary dikemaskini ke dalam templat. Akhir sekali, analisa laporan disediakan berdasarkan CDL-CQI Summary.

Tindakan BPPA terhadap analisa laporan adalah melaporkan kepada Jawatankuasa Induk Kurikulum Universiti (JKIKU) dan mengambil tindakan bagi mana-mana isu yang tidak dapat diselesaikan di pihak fakulti / kampus / pusat akademik, contohnya isu berkaitan system.

Di sepanjang sesi turut diselang selikan dengan sesi soal jawab bersama Encik Razin dan sesi berakhir pada kira-kira jam 10.30 pagi. Diharapkan dengan adanya taklimat ini, warga BPPA mendapat ilmu dan, manfaat serta pemahaman yang lebih jelas tentang proses penerimaan laporan CDL-CQI ini.