Pada 6 September 2021 telah berlangsung Sesi ‘Sembang Ofis Kita’ Siri 14 anjuran Bahagian Pentaksiran dan Penilaian Akademik (BPPA), UiTM Shah Alam. Sembang Ofis Kita kali ini bertajuk Taklimat Modul Pelanggaran TMS disampaikan oleh Puan Siti Rafidah Mohamed Anuar, Kerani Kanan BPPA dan Puan Martini Mat, Pegawai Eksekutif Kanan, BPPA. Program dimulakan pada jam 2.30 petang dengan ucapan aluan oleh Puan Hafidzah Hj Abdul Aziz, Penolong Pendaftar Kanan, BPPA melalui platform Google Meet.
Taklimat ini diadakan bagi tujuan pemakluman penambahan Modul Pelanggaran (TMS) dalam sistem HR2U dan perubahan Modul Permohonan Borang Keluar iaitu dari Menu Cuti ke Menu Pengurusan Waktu Bekerja bermula 01 September 2021.
Puan Siti Rafidah memulakan taklimat dengan menjelaskan tentang semua perkara di atas. Selain itu warga BPPA juga dimaklumkan tentang jenis Pelanggaran Kad Perakam Waktu, hukuman Pelanggaran, proses Pelanggaran dan kesan Pelanggaran kepada staf yang terlibat.
Seterusnya Puan Martini meneruskan taklimat berkenaan level warna kad perakam waktu iaitu warna iaitu kuning, hijau dan merah. Terdapat dua (2) proses pelanggaran iaitu Pelanggaran Kad Perakam Waktu dan Tidak Hadir Bertugas Tanpa Kebenaran. Bagi Pelanggaran Kad Perakam Waktu, tindakan hukuman akan diambil ke atas staf sekiranya mempunyai jenis pelanggaran seperti ; tidak ketik masuk tanpa izin, lewat masuk tanpa izin, tidak ketuk keluar tanpa izin dan keluar awal tanpa izin. Bagi proses Pelanggaran Tidak Hadir Bertugas Tanpa Kebenaran staf dianggap TIDAK HADIR jika tidak ada sebarang rekod permohonan cuti/borang keluar.
Tindakan Susulan Pelulus untuk pelanggaran kad perakam waktu; sekiranya Tindakan Pentadbiran diambil, sistem akan memaparkan Sub Keputusan seperti berikut:; HANTAR SURAT AMARAN 1, MENETAPKAN SESI PERJUMPAAN, HANTAR SURAT AMARAN 2 DAN DIRUJUK KUNSELING. Manakala sekiranya Tindakan Tatatertib diambil, sistem tidak akan memaparkan sebarang sub keputusan sebaliknya akan dihantar ke Unit Integriti bagi tindakan selanjutnya.
Tindakan Susulan Pelulus untuk tidak hadir bertugas tanpa kebenaran; sekiranya tindakan Pentadbiran diambil, sistem akan memaparkan sub keputusan berikut: TIDAK LAYAK EMOLUMEN, TAHAN GAJI DAN DIRUJUK KAUNSELING.
Di sepanjang sesi turut diselang selikan dengan sesi soal jawab bersama Puan Siti Rafidah dan Puan Martini dan sesi berakhir pada kira-kira jam 3.30 petang. Diharapkan dengan adanya taklimat ini, warga BPPA dapat menjalankan tugas dengan penuh amanah dan tanggungjawab.