Sesi Perkongsian Pengarah BPP Bersama Pelajar Pra-Diploma UiTM Cawangan Negeri Sembilan

Negeri Sembilan, 15 Mei 2024 – Telah berlansung sesi perjumpaan dan perkongsian antara Pengarah Bahagian Pengambilan Pelajar yang juga Alumni Pra-Diploma, Encik Ak Ashaari Ak Yussof bersama pelajar Pra-Diploma Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Negeri Sembilan. Seramai 80 pelajar Pra-Diploma yang terlibat dalam sesi perjumpaan tersebut. Intipati ucaptama yang disampaikan oleh Encik Ak Ashaari bersasarkan kepada menggunakan peluang kedua ini (kemasukan ke Pra-Diploma) sebaiknya dalam usaha pelajar untuk menjadi lebih baik dari segala aspek termasuklah akademik. Beliau juga menyarankan agar, pelajar yang ditaja sepenuhnya untuk kemasukan ke Pra-Diploma ini supaya bijak menguruskan keewangan dan tidak boros dallas berbelanja. Tajaan yang diberikan adalah untuk memudahkan pelajar yang susah supaya dapat lebih fokus dalam pembelajaran.

Selepas sesi perjumpaan bersama pelajar, pihak BPP seterusnya mengadakan sesi şemakan dokumen bagi proses pengambilan pelajar Pra-Diploma bersama koordinator Pra-Diploma UiTM Cawangan Negeri Sembilan, Puan Noriah binti Shotor. Sesi semakan ini adalah bertujuan untuk persediaan Bahagian Pra Pendidikan Tinggi UiTM Cawangan Negeri Sembilan untuk menerima auditor dari Yayasan Sime Darby yang merupakan penaja bagi pelajar Pra-Diploma dari kategori B40.