Sesi Perkongsian Ilmu oleh Alumni PKA UiTM Cawangan Pahang Bersama Pelajar dan Juga Pembentangan Akhir Projek Reka Bentuk Kejuruteraan Awam (ECS358)

06 Julai 2024 – Alhamdulillah, telah berlangsungnya Program Pembentangan Akhir Projek Reka bentuk Awam (Civil Engineering Design Project, ECS358).

Projek ini merupakan salah satu kursus semester akhir pelajar Diploma Kejuruteraan Awam UiTM Cawangan Pahang. Kursus ini merangkumi kerja-kerja reka bentuk bangunan dua tingkat yang mengintegrasikan semua kursus-kursus yang telah dipelajari sepanjang tiga tahun pengajian Diploma Kejuruteraan Awam.

Melalui kursus ini, pelajar dikehendaki mereka bentuk bangunan dua tingkat yang dilengkapi dengan pelan struktur dan perincian lukisan, seterusnya menyediakan cadangan dokumen teknikal. Proses penyediaan reka bentuk dan dokumen teknikal ini haruslah merangkumi reka bentuk secara manual dan juga bantuan perisian komputer.

Bagi memenuhi keperluan silibus, pada akhir peringkat penyediaan projek, pelajar perlu membentangkan cadangan dokumen teknikal kepada panel penilai.

Barisan panel penilai yang dilantik terdiri daripada dua (2) orang pihak industri dan tiga (3) orang daripada pihak Universiti Teknologi MARA (UiTM).  Kesemua panel penilai adalah berlatarbelakangkan graduan jurutera yang telah diiktiraf oleh Lembaga Jurutera Malaysia (BEM).

Pembentangan projek akhir ini merupakan langkah awal bagi mendekatkan pelajar tahun akhir atau bakal graduan Diploma Kejuruteraan Awam terhadap keperluan dan kehendak industri ketika ini.

Di samping itu juga, ia dapat menilai tahap kompetensi pelajar dalam mempraktikkan teori yang dipelajari ke dalam projek reka bentuk ini. Selain itu, proses pembentangan ini dapat meningkatkan keyakinan dan kemahiran pelajar dalam berkomunikasi melalui sesi soal jawab bersama panel penilai.

Program pembentangan ini telah dipengerusikan oleh Puan Nur A’in binti Mat Yusof dan dimulai dengan bacaan doa yang disampaikan oleh pelajar bahagian lima, Adib bin Adnan.

Majlis diteruskan dengan acara perasmian program oleh Ketua Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam iaitu Ts. Dr. Rohaya binti Alias, turut dihadiri pensyarah dan penolong jurutera makmal.

Sebelum sesi pembentangan bermula, sesi perkongsian ilmu oleh alumni Pengajian Kejuruteraan Awam UiTM Jengka iaitu Ir. Zahid Suffian bin Zainalabidin, merangkap panel penilai industri. Banyak pengajaran dan ilmu yang disampaikan melalui perkongsian pengalaman kerjaya beliau. Pelajar menunjukkan minat yang mendalam dalam bidang kejuruteraan. Banyak soalan yang telah diajukan oleh pelajar ketika sesi perkongsian ilmu ini.

Majlis diteruskan dengan penerangan mengenai rubrik pemarkahan pembentangan yang telah disampaikan oleh Ketua Program, Ts. Dr. Jamilah binti Abd Rahim kepada semua panel penilai dan juga pelajar.

Sesi pembentangan telah bermula pada pukul 10.40 pagi dan berakhir pada pukul 4.00 petang.

Seramai 17 orang pelajar tahun akhir bagi Semester Mac – Julai 2024 dari kursus ini telah berjaya membentangkan projek mereka dengan cemerlang.

Bagi menyiapkan projek ini, mereka telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan terdiri daripada 4 orang ahli.

Program pembentangan ini diakhiri dengan ucapan daripada wakil panel industri, iaitu Ir. Mohammad Fadzil bin Ahmat Ruslan. Majlis diakhiri dengan sesi penyampaian cenderahati kepada semua panel penilai, serta sesi menurunkan tandatangan di buku tamu Pengajian Kejuruteraan Awam (PKA). Program telah bersurai pada pukul 5.00 petang.

Di kesempatan ini, saya selaku ketua program ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang telah terlibat bagi menjayakan program Pembentangan Akhir Projek Reka bentuk Awam (Civil Engineering Design Project, ECS 358) bagi Semester Mac – Julai 2024.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada Bahagian Hal Ehwal Akademik UiTM Pahang yang telah meluluskan program ini berlangsung.

 

Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada:

Ketua Pusat Pengajian (KPP) Pengajian Kejuruteraan Awam (PKA): Ts. Dr. Rohaya binti Alias.

Barisan Panel Industri:

  1. Ir. Zahid Suffian Bin Zainalabidin

Lead Civil Structure and Architecture Engineering BASF Petronas Chemical Sdn. Bhd.

  1. Ir. Mohammad Fadzil bin Ahmat Ruslan

Director

AHM in House Management Sdn Bhd

Barisan Panel UiTM:

  1. Prof. Madya. Dr. Mohd. Syahrul Hisyam Mohd.Sani
  2. Ts. Dr. Jamilah binti Abd Rahim
  3. Dr. Nor Maslina Binti Mohsan

AJK Pelaksana:

  1. Puan Nur A’in binti Mat Yusof
  2. En Abdul Muhaimin Ab Aziz
  3. En Md Tarmizi Hashim
  4. En. Safarul Mohammad

Diharapkan melalui perkongsian ilmu serta pengalaman daripada pihak panel industri dan juga melalui program pembentangan yang telah berlangsung ini, ia dapat memberi manfaat kepada bakal graduan Diploma Kejuruteraan Awam dan sekali gus dapat memberi banyak kebaikan kepada Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam, UiTM Cawangan Pahang terutamanya.