Sesi Perkongsian Bersama Kolaborasi Universiti (MoU UiTM-ABU): Collaborative Teaching AGR244

Fakulti Perladangan dan Agroteknologi (FPA) UiTM Cawangan Pahang telah mengadakan satu program kolaborasi universiti melalui MoU yang termeterai pada tahun lalu antara UiTM dan Ahmadu Bello University (ABU), Zaria-Nigeria. Kolaborasi ini dibuat melalui Collaborative Teaching (CT) bagi kod kursus AGR244: Pest Management bersama pelajar semester 4 Diploma Pengurusan Perladangan (AT110). Melalui program ini, CT telah didaftarkan di bawah Kolaborasi Penyampaian Peringkat Antarabangsa. Program ini telah mendapat kelulusan daripada Hal Ehwal Akdemik Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Pahang.

Program ini telah diadakan pada 3 Mei 2024 (Jumaat) secara atas talian di Google Meet. Dua orang penceramah daripada ABU telah dijemput bagi memberikan perkongsian bertajuk Introduction to Crop Disease. Kedua-dua penceramah merupakan pensyarah daripada Fakulti Pertanian ABU iaitu Dr Buhari Muhammad dan Mr Abdulbasid Kabir. Program ini telah dihadiri oleh 72 orang pelajar dan 6 orang pensyarah FPA.

Beberapa objektif program telah berjaya dicapai. Antaranya ialah bagi meningkatkan pengetahuan tentang kaedah pengurusan penyakit tanaman yang betul dan berkesan serta mendedahkan kepada pelajar mengenai simptom-simptom yang ada pada pokok yang dijangkiti penyakit. Selain itu, program ini berjaya meningkatkan pengetahuan pelajar dalam hal-hal berkaitan penyakit tanaman dan kaedah kawalan penyakit tanaman.

Penganjuran program ini telah memberi manfaat kepada semua mahasiswa dan mahasiswi yang hadir. Melalui program ini juga, Petunjuk Prestasi Fakulti PI084 (Number of international programmes/activities for active MoU/ MoA for the current year) telah berjaya dicapai.