Sesi Libat Urus Warga UCS Bersama Rektor Siri 2/2024: Keberhasilan Bersama Menuju 2025

Puncak Alam, 18 Disember 2024 – Unit Komunikasi Korporat dengan kerjasama Bahagian Infostruktur telah berjaya menganjurkan sesi Libat Urus Warga UCS Bersama YBrs. Profesor Dr Ahmad Taufek Abdul Rahman, Rektor UCS, Siri 2/2024. Sesi ini diadakan bertujuan menyampaikan Keberhasilan Bersama UCS 2024, yang merupakan kesinambungan kepada Siri 1: Aspirasi dan Way Forward UCS 2024.

Inisiatif pemerkasaan perkhidmatan yang telah dilaksanakan oleh PTJ, peningkatan kemudahan warga dan prestasi kewangan adalah antara perkara yang dibentangkan. Dalam ucapannya, YBrs. Prof. Rektor juga menzahirkan penghargaan atas semua usaha dan inisiatif, serta menggalakkan warga UCS agar terus memacu ke arah perkhidmatan berintegriti. Majlis turut menyaksikan penyampaian sijil penghargaan kepada Barisan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Sesi 2023/2024.

Terima kasih diucapkan kepada lebih 250 orang warga UCS di bawah pentadbiran dan pengurusan Pejabat Rektor yang telah menghadiri dan menjayakan Sesi Libat Urus Warga Bersama Rektor UCS Siri 2/2024 ini. Semoga Keberhasilan Bersama berdasarkan Prinsip 9R yang disampaikan dapat memberi nilai tambah kepada perancangan pembangunan bagi pencapaian cemerlang pada tahun 2025.

#UCSCemerlang