Sesi Lawatan dan Transfer Knowledge Bersama Delegasi Sekolah Tinggi Manajemen Informatika Dan Komputer (STMIK) Royal, Indonesia Ke Kolej Pengkomputeran, Informatik Dan Media, UiTM Shah Alam

SHAH ALAM, 26 Oktober 2022 – Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Media, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam telah menerima kunjungan dan mengadakan sesi transfer knowledge bersama delegasi Sekolah Tinggi Manajemen Informatika dan Komputer (STMIK) Royal, Indonesia. Sesi lawatan dari STMIK telah disantuni oleh Penolong Naib Canselor (PNC) Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Media, YBhg. Profesor Dr Haryani Haron. Turut serta adalah Dekan (Hal Ehwal Pelajar), YBrs En Mohd Nazrul Mohd Amin, dan juga YBhg. Prof. Madya Dr Norjansalika Janom. Manakala STMIK telah diwakili oleh seramai 12 orang delegasi yang telah diketuai oleh YBrs Encik Anda Putra Lubis, Pengerusi Pendidikan Royal Teladan Asahan Foundation.

Sesi lawatan dimulai dengan kata-kata aluan dari Ybhg. Professor Ts. Dr Haryani Haron dan juga YBrs Encik Anda Putra Lubis. Turut dibincangkan beberapa aktiviti seperti aktiviti kolaborasi dan Memorandum of Activity (MOA) pada masa hadapan. Seterusnya, sesi transfer knowledge di bidang Intelligent System dan Computer Systems telah dibentangkan di Big Data Lab bersama YBrs Encik Razif, dan juga YBrs Dr Sofianita Mutalib.

Di sebelah petang, kumpulan delegasi telah mengadakan lawatan ke Makmal Security Operation Center (SOC), Makmal Cloud Virtual Reality, dan Makmal National Autism Resource Centre (NARC) bagi menyaksikan beberapa demo dari pelajar dan pensyarah yang terlibat. Sebahagian delegasi juga telah ditembual di Konti UFM di Menara SAAS.

Sementara itu, YBhg. Profesor Ts. Dr Haryani Haron berkata, Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Media UiTM amat berbesar hati dengan lawatan dan sesi transfer knowledge bersama delegasi STMIK ini, dan berharap agar jalinan dan kolaborasi bersama dapat diteruskan lagi pada masa hadapan.