Sesi kunjungan hormat PTAR kepada Prof. Dr. Mohad Anizu Mohd Nor (Dekan)

Sesi kunjungan hormat PTAR  (Perpustakaan Tun Abdul Razak) kepada Prof. Dr. Mohad Anizu Mohd Nor (Dekan), para pensyarah dan pentadbir FSR (Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi) telah berlangsung dengan jayanya pada petang ini.

Sesi ini dimulai dengan ucapan aluan Dekan FSR yang amat berbesar hati menerima kunjungan hormat seramai sembilan orang wakil PTAR dan empat belas orang pensyarah dan pentadbir daripada FSR. Sesi kunjungan yang berlangsung selama dua jam lima belas minit ini telah dijayakan dengan pembentangan oleh Ts. Tuan Hj. Azizi Jantan, berkaitan Perpustakaan Digital, perkhidmatan, koleksi dan inisiatif baharu PTAR bagi tahun 2022.

Sesi kunjungan ini turut membuka ruang soal jawab, maklumbalas dan perkongsian idea antara kedua belah pihak. Program turut menyediakan perkhidmatan Book2U di mana buku-buku terkini di bawa ke FSR untuk dipinjam oleh pensyarah dan pentadbir.