Sesi Dialog Ramah Mesra Pengarah Program Pra Pendidikn Tinggi (PPT) Bersama Pelajar-Pelajar Pra Diploma Angoteknologi UiTM Cawangan Sabah

Kota Kinabalu, 24 Mei 2022 – Kehadiran Yang Berbahagia Pengarah Program Pra Pendidikan Tinggi (PPT)UiTM, Prof. Madya Ts. Dr. Aini Jaapar ke UiTM Cawangan Sabah Kampus Kota Kinabalu telah menceriakan seramai 17 orang pelajar Pra Diploma Agroteknologi (AT001/002). Kedatangan Yang berbahagia Pengarah dialu-alukan oleh Ketua Pusat Pengajian (KPP) Fakulti Perladangan & Agroteknologi (FPA) UiTM Cawangan Sabah, Ts. Dr. Viduriati Sumin dan Penyelaras Program Pra Diploma Agroteknologi UiTM Cawangan Sabah En. Falex J. Langkan.

Sesi dialog dan ramah mesra yang bermula pada pukul 9.00 pagi itu dimulakan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh pelajar AT001, saudara Muhammad Zaid seterusnya kata-kata aluan yang disampaikan oleh KPP FPA UiTM Cawangan Sabah, Ts. Dr. Viduriati Sumin. Dalam sesi dialog ini, yang Berbahagia Pengarah bersuai kenal dengan kesemua pelajar Pra Diploma Agroteknologi UiTM Cawangan Sabah dengan berkongsi nasihat dan motivasi yang memberi satu semangat baharu kepada para pelajar untuk berjuang menjadi orang yang berjaya bukan sahaja dalam program PPT ini malah dalam kehidupan di masa hadapan.

Melalui slot ini juga, para pelajar berpeluang untuk bertanya mengenai cabaran yang dihadapi dalam pengajian mereka. Yang Berbahagia Pengarah PPT meluangkan masa mendekati pelajar dengan berbincang dan berkongsi bagaimana cara menghadapi dan menyelesaikan masalah dan cabaran tersebut.

Selama hampir 3 jam bersama, para pelajar sangat teruja dan gembira atas kehadiran Yang Berbahagia Pengarah Program PPT dan sempat menjamu makan tengah hari bersama-sama sebelum program tamat sekitar pukul 11.30 pagi.