Sesi Bersama Pengarah Penerbit UiTM Suburkan Budaya Penulisan Warga Fakulti Pendidikan

Sesi Bersama Pengarah Penerbit UiTM Suburkan Budaya Penulisan Warga Fakulti Pendidikan
Program penulisan bersama bersama Prof. Dr. Norzaidi Mohd Daud, Pengarah Penerbit UiTM (tengah)

28 November 2019 – Penyelaras Penerbit UiTM di bawah Pejabat Jaringan Industri, Komuniti dan Alumni (ICAN), Fakulti Pendidikan, telah menganjurkan satu sesi suamuka Penulisan Buku Ilmiah bersama Pengarah Penerbit UiTM. Sesi ini telah disampaikan oleh Prof. Dr. Norzaidi Mohd Daud selaku Pengarah Penerbit UiTM

Program ini terbuka kepada semua pensyarah dan pelajar Fakulti Pendidikan. Antara objektif program adalah untuk memberi peluang dan motivasi kepada pensyarah dan pendedahan kepada pelajar tentang penulisan ilmiah.

Selain daripada memberi penekanan kepada kepentingan untuk membudayakan penulisan dan penerbitan ilmiah, Prof. Dr. Norzaidi turut berkongsi tips untuk penulisan berkesan dengan nilai kebolehpasaran yang tinggi. Ujarnya, penulis perlu menganalisa dan memahami kehendak pembaca; dan penulisan haruslah mudah difahami.

Pihak Penerbit UiTM juga memberikan garis panduan yang perlu dipatuhi oleh pensyarah dalam penghasilan karya ilmiah untuk diterbitkan di bawah Penerbit UiTM.

Sesi Bersama Pengarah Penerbit UiTM Suburkan Budaya Penulisan Warga Fakulti Pendidikan
Poster program Sesi Bersama Pengarah Penerbit UiTM
1
0