Serai Jauhar Menang 2 Anugerah Ikon Siswa Johor

Projek Serai Jauhar oleh mahasiswa UiTM Cawangan Johor Kampus Pasir Gudang telah memenangi 2 anugerah di Majlis Anugerah Ikon Siswa Johor yang berlangsung di Pulai Spring Resorts pada 7 Ogos 2019.
Projek di bawah seliaan Puan Suhana Mohamed, pensyarah Fakulti Pengurusan dan Perniagaan ini telah memenangi
  • Anugerah Program Harapan Negeri Johor
  • Anugerah Program Keusahawanan Terbaik
Majlis yang meraikan pencapaian cemerlang projek social entrepreneurship siswa Johor di IPT seluruh negara itu telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Dr Sahruddin bin Jamal, Menteri Besar Johor,. Majlis juga dihadiri oleh YB Tuan Haji Aminolhuda bin Haji Hassan,  YBrs Rektor, Timbalan Rektor, Penolong Rektor UiTM Cawangan Johor dan wakil-wakil pengurusan.
Foto berkaitan:
1
0