MACHANG, 1 Disember – Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) UiTM Cawangan Kelantan melalui Unit Residensi & Hospitaliti Pelajar (URHP) telah menerima sumbangan berupa 50 kotak rezeki Ummat dari NGO MyFundAction Malaysia untuk kegunaan pelajar di Dapur HEP UiTM Cawangan Kelantan. Sumbangan ini merupakan hasil dari kerjasama awal pihak HEP dan MyFundAction untuk perancangan kerjasama jangka panjang di dalam aktiviti sukarelawan pelajar dan khidmat masyarakat.
Majlis serahan telah dirasmikan oleh Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar (HEP) UiTM Cawangan Kelantan, Encik Meer Zhar Farouk Amir Razli dan pihak MyFundAction diwakili oleh Encik Mohammad Adam Daharby, Pegawai Operasi MyFundAction Malaysia Negeri Kelantan dan Puan Nurul Athira Mohd Affandi, Koordinator Projek – Sektor makanan.
Selepas majlis serahan sumbangan, satu mesyuarat pelarasan telah diadakan untuk perancangan koordinasi persiapan bantuan banjir & program pasca banjir antara UiTM Cawangan Kelantan dan MyFundAction Malaysia.
Penyedia Laporan:
Mohd Azrul Bin Sidek
Penolong Pendaftar Kanan
Unit Residensi & Hospitaliti Pelajar (URHP)
Bahagian Hal Ehwal Pelajar
UiTM Cawangan Kelantan