Seminar The Eco-Tech Exchange: A Dialogue on E-Waste bersempena Hari Bumi Sedunia Peringkat Negeri Selangor 2024

22 Mac 2024 – Persatuan Rakan Alam Sekitar UiTM Student Chapter (RAS UiTM SC)  dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar Selangor dengan jayanya telah melaksanakan Seminar The Eco-Tech Exchange: A Dialogue on E-Waste yang berlangsung pada 22 Mac 2024 bersempena Hari Bumi Sedunia Peringkat Negeri Selangor. Seminar ini disiarkan secara langsung melalui Cisco Webex Meeting & YouTube Live melalui saluran rasmi RAS UiTM SC.

Webinar ini telah disampaikan oleh Puan Nur Syuhaida Mohd Shamsudin, Penolong Pengarah Kanan Jabatan Alam Sekitar Selangor dan Encik Mohamed Tarek El-Fatatry, Pengasas dan Pengarah E-Waste Recycling Through Heroes (ERTH). The Eco-Tech Exchange: A Dialogue on E-Waste merupakan inisiatif terkemuka yang bertujuan untuk menggerakkan revolusi kesedaran alam sekitar dan memberikan ilmu mengenai amalan pelupusan sisa elektronik (e-waste) yang betul demi memelihara kelestarian alam sekitar. Selain itu, pendekatan pengajaran dan perkongsian ilmu secara kolaboratif antara para ceramah jemputan telah membuka satu dimensi dan lembaran baru kepada tahap pemahaman dan penerimaan pelajar terhadap sesuatu ilmu yang disampaikan. Program ini juga menekankan mahasiswa dan masyarakat dengan 5 suspek utama yang terdapat dalam Sustainable Development Goals (SDGs) iaitu Kesihatan Baik dan Kesejahteraan (SDG3), Air Bersih dan Sanitasi (SDG 6), Pekerjaan Yang Sesuai dan Pembangunan Ekonomi (SDG 8), Bandar dan Masyarakat Mampan (SDG 11) dan Penggunaan dan Pengeluaran Bertanggungjawab (SDG12).

 

Dengan penyertaan lebih dari 350 peserta dari kalangan pelajar UiTM Shah Alam dan para profesional dari pelbagai sektor industri, acara ini menjanjikan pendedahan secara terperinci akan kepentingan pelupusan E-Waste yang betul kepada masyarakat dan dapat memupuk semangat menyayangi alam sekitar dan kepentingan mengitar semula barangan terpakai. Program webinar seperti ini membawa manfaat besar kepada peserta dengan memberikan peluang untuk bertanya dalam sesi Q&A kepada penceramah yang hebat dan mendapatkan jawapan atas kepelbagaian soalan yang mereka miliki. Keaktifan dalam sesi tanya jawab juga menunjukkan peserta tidak hanya menerima informasi secara pasif tetapi berusaha untuk memahami dengan lebih mendalam dan menghubungkan konsep-konsep yang telah dipelajari dengan pengalaman mereka.

Inisiatif ini diterajui oleh Persatuan  RAS UiTM SC dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar Selangor ini diharapkan dapat memastikan keberlanjutan dalam menyediakan akses kepada ilmu pengetahuan dan pengalaman kepada semua lapisan masyarakat di samping memberi manfaat langsung kepada pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. Siti Asyura Aina Binti Saiful Azhar, selaku Naib Presiden 1 Persatuan  RAS UiTM SC dan pengarah program Seminar The Eco-Tech Exchange: A Dialogue on E-Waste menegaskan betapa pentingnya program webinar tersebut dalam memberikan impak positif kepada pelajar sekaligus para profesional dari pelbagai sektor industri dalam memperluaskan ilmu dan pengalaman. Azamnya untuk meneruskan program seperti ini di masa hadapan menunjukkan komitmen yang kuat dalam menyediakan platform pembelajaran yang berkekalan kepada komuniti. Menurut Penasihat Persatuan  RAS UiTM SC, Ts. Nur Ain binti Mohd Zainuddin, kempen pengumpulan E-waste secara bersemuka akan diadakan bersama sukarelawan yang terdiri daripada mahasiswa UiTM Shah Alam dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar dan kontraktor berlesen E-waste pada Mei 2024 bersempena Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia 2024 di Kampung Padang Jawa Shah Alam. Menurutnya lagi, Jom Lupus E-waste telah mencapai siri ke-8 bermaksud Persatuan  RAS UiTM SC telah berjaya menjalankan program pengumpulan E-waste ini sebanyak 8 kali.