Seminar Speed Reading on Geomatic Fields

13 April 2023: Kolej Pengajian Alam Bina, UiTM Cawangan Perlis telah menganjurkan Program Seminar “Speed Reading on Geomatic Fields” yang bertempat di Dewan Kuliah 7 (LT7) Kompleks STAR, UiTM Cawangan Perlis pagi tadi. Program ini disampaikan oleh Cik Nor Azrina binti Kasim, Pustakawan Perpustakaan Dato’ Jaafar Hassan, UiTM Cawangan Perlis.

Program bermakna ini merupakan anjuran para pelajar kelas RAP2207A dan RAP2207B yang sedang mengambil mata pelajaran Amalan Keprofesionalan (GSS681) bagi sesi Mac – Ogos 2023. Turut serta dalam program ini ialah Sr. Gs. Dr Fazly Amri Mohd, Pensyarah Kanan , Kolej Pengajian Alam Bina merangkap penasihat bagi program ini, pensyarah serta para pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains Ukur dan Geomatik dan pelajar pasca siswazah, Kolej Pengajian Alam Bina (KAB).

Program dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Wawasan Setia Warga UiTM dan diiringi dengan bacaan doa. Selama satu jam tiga puluh minit program berlangsung, Cik Nor Azrina binti Kasim telah menyampaikan perkongsian ilmu mengenai cara dan teknik membaca secara cepat yang sangat bermanfaat kepada para peserta. Di akhir program, Cik Nor Azrina juga sempat menjawab beberapa soalan daripada para pelajar yang berada di dalam dewan LT7.

Sekalung tahniah diucapkan kepada Saudara Jamilul Aiman Afif bin Jumali selaku Pengarah Program dan dibantu ahli jawatankuasa pelaksana program yang terdiri daripada para pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains Ukur dan Geomatik (Semester 7) yang bertungkus-lumus membuat persiapan dan melaksanakan program yang cukup bermakna ini. Semoga perkongsian ilmu ini memberi manfaat kepada semua para hadirin.