Segamat, 5 September 2023 – Seminar Kontemporari Filantropi Islam anjuran Unit Zakat Sedekah dan Wakaf UiTM Cawangan Johor dengan kerjasama Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) Daerah Segamat, Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) dan Kesatuan Kakitangan Umum UiTM Cawangan Johor yang diketuai oleh Encik Megat Mohammad Ruszaimeay bin Mohd Yusop. Penganjuran seminar ini juga memberikan penerangan kepada masyarakat umum terhadap ilmu-ilmu yang berkaitan ibadah zakat, sedekah dan wakaf secara tepat dan mudah difahami di samping memberikan penerangan bahawa Majlis Agama Islam Negeri Johor sebagai Badan Berkanun Kerajaan yang penting dan sentiasa menjadi rujukan berkaitan permasalahan umat Islam.
Program ini dirasmikan oleh Profesor Madya Dr. Akmal Aini Othman Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik UiTM Cawangan Johor. Dengan kerjasama MAINJ bukan hanya melaksanakan urusan zakat malah menjadi suatu kewajiban untuk melaksanakan tuntutan menyebarkan ilmu dengan masyarakat.
Manakala pengisian ilmu dikongsi oleh tiga orang penceramah yang terdiri daripada Ustaz Khairul Anwar bin Isnin, Amin Baitulmal Daerah Segamat, Ustaz Mohamad Zaki Razaly, Ketua Pusat Pengajian ACIS UiTM Cawangan Johor dan Ustaz Mohd Firdaus bin Abd Hamid, Amin Baitulmal Daerah Johor Bahru.
Keterlibatan peserta dalam menjayakan program ini adalah terdiri daripada kakitangan UiTM Cawangan Johor dan Kakitangan Awam Daerah Segamat seramai 100 orang. Oleh itu, altenatif ini dilaksanakan agar dapat membuat satu hubungan dua hala bersama masyarakat setempat. Program ini juga dapat menjadikan masyarakat berilmu dari aspek kerohanian agar dapat mengenal penciptaNya.