Seminar Digital Geosmart Government: Unlocking Spatial Potential 2024

24 September 2024 – Seminar Digital Geosmart Government: Unlocking Spatial Potential 2024 telah diadakan di PICCA Convention Center, Ampang Jajar, Butterworth, Pulau Pinang. Seminar ini merupakan gabungan antara Seminar Kerajaan Digital dan Hari GIS Pulau Pinang. Turut hadir dalam seminar ini ialah 5 orang barisan pensyarah Kolej Pengajian Alam Bina, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Perlis yang diketuai oleh Sr. Dr. Rohayu Harun Narashid (Ketua Pusat Pengajian), Sr. Ashnita Rahim (Koordinator Program), Sr. Dr. Norshahrizan Mohd Hashim, Sr. Suhaila Md Hashim dan Sr. Nurhafiza Md Saad.

Seminar ini telah dirasmikan oleh YAB Tuan Chow Kon Yeow, Ketua Menteri Pulau Pinang. Sepanjang seminar berlangsung, terdapat 5 pembentangan dikongsikan melibatkan topik mengenai geospatial, big data, data analytics dan lain-lain. Pada sesi petang pula, Forum Unlocking Spatial Potential diadakan melibatkan 4 orang panel daripada pelbagai agensi. Ucapan Penutup Seminar Digital Geosmart Government 2024 telah disempurnakan oleh YB Dato’ Haji Zulkifli Bin Long, Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang,

Seminar ini bertujuan untuk berkongsi ilmu dan pengalaman dalam pendigitalan serta keselamatan siber, memantapkan pembudayaan digital dalam perkhidmatan awam dan memperkukuh strategi keselamatan siber. Selain itu, seminar ini juga akan melibatkan pelbagai pihak dalam merangka pembangunan Negeri Pulau Pinang melalui GIS dan menyediakan platformm untuk membincangkan amalan terbaik GIS berkaitan Akta 172 dan Rancangan Struktur Negeri 2030.

Kumpulan sasaran penyertaan seminar ini terdiri daripada ketua-ketua jabatan, dan agensi negeri serta persekutuan di Pulau Pinang termasuk jabatan dan agensi negeri Zon Utara serta pelajar dari institusi pengajian awam Zon Utara.