Sembang Alumni: Soft Skills Dalam Kerjaya

MACHANG, 29 Disember – Program ini merupakan anjuran Majlis Perwakilan Pelajar dan Sekretariat Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Cawangan Kelantan Sesi 2021/2022 yang berlangsung pada 19 Disember 2022. Program ini dijalankan secara atas talian di YouTube Rasmi MPP UiTM Cawangan Kelantan. Tujuan utama program ini dilaksanakan adalah untuk menyediakan mahasiswa yang lebih berpengalaman dan berpengetahuan melalui perkongsian pengalaman oleh Alumni dan memberi pendedahan kepada mahasiswa tentang realiti alam pekerjaan yang sebenar.

Program ini menjemput penceramah yang dahulunya merupakan Alumni UiTM Machang yang sangat aktif dalam bidang kokurikulum mahupun akademik. Beliau sekarang sedang berkhidmat di PwC Singapore. Sambutan program juga sangat memberangsangkan dengan keterlibatan seramai 420 penyertaan.

Secara tidak langsung, program ini juga turut menyediakan platform kepada Alumni dan mereka yang berpengalaman dan berpengetahuan untuk berkongsi pandangan dan pengalaman.