SEA-IC menerima jemputan khas dari FUTURISE Centre ke program FUNATIC FIESTA

Pada 10 November 2019 yang lalu, Sports Engineering & Artificial Intelligence Centre (SEA-IC), Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, UiTM Shah Alam telah menerima jemputan khas dari pihak Futurise Centre, Cyberjaya untuk program Funatic Fiesta dari jam 9.00 malam hingga 2.30 pagi bersempena dengan English Premier League (EPL) Live Weekend.

Program ini merupakan anjuran bersama Futurise dan Astro Awani dan ia bertujuan untuk menjalinkan hubungan akrab sesama komuniti penyokong bola sepak di Malaysia.

Di samping itu, program ini turut disertai oleh CEO Futurise sendiri, En. Mahadhir Aziz, CEO Institut Sukan Negara (ISN), En. Ahmad Faedzal dan CEO Al-Ikhsan iaitu Tuan Haji Ali Hassan. Mereka dijemput bagi membincangkan isu-isu penggunaan teknologi dalam bidang sukan, di dalam segmen “Bual Bola”.

SEA-IC FKM UiTM diberi peluang untuk mempromosikan aktiviti-aktiviti dan perancangan akan datang kepada masyarakat umum bagi merealisasikan penggunaan teknologi dalam membantu meningkatkan mutu sukan untuk dalam dan luar negara.

Untuk makluman umum, SEA-IC telah ditubuhkan untuk membantu industri sukan dan juga industri-industri lain yang berminat dengan penggunaan teknologi Artificial Intelligence ataupun “Kecerdasan Buatan”.

Foto berkaitan:

0
0